Langkah #5.1 - Penerima Pembayaran Melalui 2CheckOut
March 23rd, 2007
Apa khabar semua? Diharap anda ceria hari ini.. Walaupun tiap hari senantiasa mendung di Bandaraya Bersejarah Ini, mana lagi kalau bukan Melaka
.
Post saya hari itu berkenaan kad kredit, bagaimanakah pendapat anda? Perlukah untuk menggunakan kad kredit dalam produk jualan anda? Terpulang pada anda! Namun saya percaya suatu hari nanti anda juga akan menggunakan perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit ini. Percaya atau tidak? Saya percaya anda juga bercita-cita untuk meluaskan perniagaan anda diperingkat global kelak. Untuk sampai keperingkat itu.. tidak boleh tidak anda mesti menggunakan pembayaran melalui kad kredit
.
Terpulanglah kepada anda sama ada hendak menggunakan worldpay, Paypal, Clickbank mahupun 2checkout? Namun jika ditanya pendapat saya, suka saya menyatakan 2checkout adalah penerimaan pembayaran yang saya cadangkan untuk anda. Kerana risiko menggunakan 2checkout amat rendah. Namun jika anda menggunakan cara pembayaran selain 2checkout, nasihat saya tanya kepada yang pakar!
Bagaimana untuk membuka akaun 2checkout anda? Caranya Mudah!!
1) Pertama anda perlu masuk ke laman web 2checkout terlebih dahulu! Pastu anda perlu Klik Signup!
2) Anda perlu melengkapkan 4 langkah mudah.
- Langkah 1 persetujuan syarat 2checkout.
- Langkah 2 membuat pembayaran sebanyak USD47 bersamaan lebih kurang RM200 seumur hidup. Pembayaran adalah menggunakan kad kredit anda.
- Seterusnya langkah 3 pengesahan pembayaran anda dan..
- Langkah 4 anda boleh login pada akaun 2checkout anda.
3) Sebelum anda meneruskan untuk langkah 5 anda perlu menunggu statement bank kredit kad anda. Ini adalah kerana pihak 2checkout meletakkan ‘validation activate password’ pada penyata bank anda itu untuk tujuan keselamatan. Bererti hanya anda seorang sahaja yang dapat login pada akaun 2checkout anda. Ingat anda perlu menunggu statement bank kad kredit anda itu. sebelum dapat menggunakan akaun 2checkout anda.
Setelah selesai kesemua syarat diatas, anda sudah boleh menerima pembayaran melalui kad kredit pada produk anda.
Ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui apabila menggunakan perkhidmatan 2checkout ini.
- Pembayaran minimum 2checkout kepada anda adalah sebanyak USD100. Bererti selagi pembeli anda belum membuat pembelian mencecah USD100 pihak 2checkout tidak akan menghantarkan cek bayaran kepada anda
. - Cek sampai kepada anda selama lebih kurang 2 minggu. Namun anda boleh cepat menerima cek anda jika memberi kebenaran untuk 2checkout menggunakan courier service, namun potongan oleh 2checkout mencecah USD20. Nasihat saya hanya menggunakan air mail sudah memadai. Potongan fee + bayaran air mail adalah 5%. Bererti kalau cek USD100 pihak 2checkout hanya mengambil sebanyak USD5.
- Pembayaran anda boleh set sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali.
- Anda tidak boleh meletakkan 2checkout pada laman web anda, selagi laman web anda belum bersedia untuk menjual. 2checkout perlu menjaga nama baik mereka. Meletakkan link pembayaran 2checkout pada laman web anda, manakala laman web anda tidak mempunyai produk jualan boleh menjatuhkan status 2checkout.
- 2checkout suka anda membalas setiap email mereka kepada anda. Tidak perlu panjang-panjang reply tiap kali 2checkout menghantar email kepada anda. Seperti saya hanya reply “asap”.
Itu sahaja panduan dari saya jika anda berminat untuk menggunakan penerima pembayaran melalui kad kredit menggunakan 2checkout. Saya akan cuba menerbitkan ebook detail sikit berkenaan dengan 2checkout ini. Tapi saya tidak boleh janji bila. Kerana saya amat-amat sibuk bulan ini juga bulan depan, disebabkan satu misi perlu saya laksanakan
. Akan saya umumkan pada blog saya ini. Selalulah mengunjungi blog ini untuk mendapatkan info dari saya berkenaan perniagaan internet ini.
P.S: Anda boleh menghantarkan pertanyaan jika anda berminat tetapi tidak faham untuk menggunakan 2checkout ini. Saya janji akan melayan anda
. Jumpa lagi!
-Jebat Mesranet.
Entry Filed under: Membuat Duit, Panduan Perniagaan, Kursus Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Tutorial Perniagaan Internet, Pembinaan Laman Web, Mentor, Kad Kredit, 2checkout































2 Comments Add your own
1. roslankasim | July 25th, 2007 at 5:40 am
Saya hadapi masalah dgn 2Checkout ..
boleh terang skit apa yang di katakan oleh 2Checkout tentang masalah website saya ini …….
Hello Roslan,
Thank you for your reply. The sales on your account were disabled
because your site was not up at the time of our initial site review. I
have re-visited your account today and have found the following issues
that must be resolved prior to sales being activated on your account:
2. roslankasim | July 25th, 2007 at 5:41 am
saya ada masalah di website dgn 2checkout …
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed