Sedikit Cerita Hujung Minggu - Kuasa Forex

January 8th, 2008

Apa khabar semua?Kini saya kembali :-) , Setelah 4 hari tidak online di internet. Sampai dari KL semalam, namun kerana kepenatan dan minggu ni kebetulan kerja malam, jadi saya tidak dapat membuat apa-apa post semalam pada blog ini. Kepada anda yang ternanti-nanti post dari saya, terima kasih kerana kesabaran anda menunggu :-) .Ramai juga yang bertanya saya mengikuti kursus apa di KL tu? Kursus mengenai perniagaan internet lagi ke? Tak la.. Saya sebenarnya mengikuti kursus kuasa forex anjuran En Nasir Yacob. Yup!! anda tidak silap baca, kursus kuasa forex. Terus terang saya katakan, selain daripada perniagaan internet, saya juga meminati saham dan pelaburan.

Oleh itu sedikit daripada duit keuntungan ebiz ini, saya laburkan untuk kursus forex tersebut. Maklumlah ilmu belum cukup di dada untuk bermain saham forex. Alhamdulilah setelah mengikuti kursus tersebut, kini saya sedikit sebanyak boleh membaca indicator atau chart forex. Namun masih baru dan masih banyak benda yang perlu saya pelajari lagi. Insayallah suati hari nanti saya boleh berjaya dari forex ini he..he..

Baik saya ingin kongsikan pengalaman saya mengikuti kursus kuasa forex anjuran En.Nasir ini. Secara jujur saya memberikan 5 bintang untuk kursus ini. Anda berhati-hati jika ingin mengikuti atau membayar apa-apa juga kursus mengenai forex di luar sana, kerana banyak dari mereka hanya mendapat keuntungan dari kursus dan bukannya forex. Namun jika anda ingin mengikuti kursus kuasa forex anjuran En.Nasir ini, saya 100% menyokong anda. Saya jamin anda berpuas hati dengan kursus ini.

Kini saya seolah-olah telah mahir membaca pergerakan forex. Tidak seperti mula-mula dula saya hanya mengunakan teknik rasa. Rasa-rasa nak naik saya buy, dan rasa-rasa nak turun saya sale.. Namun kini tak lagi, sebab kursus kuasa forex mengajar saya membuat analisa pergerakan forex tersebut melalui indicator. Bukan satu, tapi gabungan 3 indicator :-) .

Penyertaan adalah dari pelbagai negeri di Malaysia juga dari singapura dan brunei. Jadual kursus yang sepatutnya bermula pukul 9.00 pagi terpaksa lewat 30 minit dari jadual kerana saat-saat akhir ada lebih kurang 20 orang yang merayu ingin mengikuti kursus tersebut hari itu. Tapi tidak membuat pendaftaran. Jumlah hadirin adalah seramai 150 orang, dan akhirnya 5 orang sahaja dari 20 orang tersebut yang dapat mengikuti kursus ini.

Dibawah ini saya kongsikan beberapa gambar dari kursus kuasa forex ini. Maaf la kerana kualiti gambar kurang memuaskan, kerana menggunakan kamera handphone dan keadaan dalam bilik kursus yang gelap sedikit.

Seminar Kuasa Forex

Seminar Kuasa Forex

Seminar Kuasa Forex

Jadi kepada anda yang berminat mengikuti kursus kuasa forex ini, nasihat saya anda sekurang-kurangnya mempunyai asas forex terlebih dahulu. Walaupun ada di selitkan perkara-perkara asas dalam kursus ini, namun ilmu yang terlalu banyak tidak akan dapat anda terima dalam masa hanya satu hari :-) . Caranya :

  • Anda boleh buka satu akaun forex untuk main forex secara trial terlebih dahulu. Tidak kira anda menggunakan platform apa pun. Janji anda cuba main forex secara trial. Ini memberikan anda sedikit pengetahuan atau asas forex.
  • Anda perlu membeli satu ebook yang menceritakan asas forex ini. Untuk ini saya cadangkan anda membeli ebook terbitan En.Nasir. Mudah sebab anda tidak lari dari topik yang akan En. Nasir ajar. lagipun ebook ini memang mudah untuk faham. Anda boleh klik link ini untuk melihat ebook tersebut http://mesrainternet.com/forex

Itu sahaja 2 perkara yang perlu anda buat sebelum mengikuti kursus kuasa forex untuk lebih memudahkan anda faham isi kursus tersebut. Kepada anda yang masih was-was, anda boleh menunggu post saya suatu masa nanti, result saya bermain forex menggunakan teknik kuasa forex. Kalau was-was la nak mengikuti kursus ni he..he..

Jebat Mesranet

P.S: Zul tq kerana membantu mengalihkan iklan adverlets kat blog semasa saya tidak online hari tu. Jimie juga terima kasih kerana inform saya mengenai hal ini.

P.S: Projek saya masih dalam pembinaan. saya akan cuba siapkan secepat mungkin. Harap anda sabar menunggu ye. Insyaallah saya akan emailkan kepada semua mail subcribe saya setelah ianya di lancarkan kelak.

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Membuat Duit, Mentor, Berita Harian, cari duit, Panduan Membeli Ebook, Kuasa Forex, Forex

1 Comment Add your own

  • 1. mohd rassidi bin othman  |  January 17th, 2008 at 9:10 am

    Assalammualaikum Jebat. saya tertarik dgn seminar forex yang anda ikuti pada 6hb Jan 2008. Adakah seminar itu benar2 boleh dipercayai? adakah tips2 yang En.Nasir Yacob berikan untuk trade bepandukan pada metatrader yang diberikannya menggunakan strategy 3EMAS dan strategy 7Bar benar2 berhasil? adakah Jebat sudah sertai kelas Mentornya?

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed



8 Modul Pakej Lengkap
Perniagaan Internet

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook


Jana Wang Dengan
Teknik Baru Adsense!

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Most Recent Posts