Saya Tidak Akan Menjawap Pertanyaan Anda Jika?
August 14th, 2007
Post ini juga adalah secara automatik :-). Dah ada kemudahan nie kena la gunakan.. Betul tak? Buat masa ini saya masih berada di Johor Bahru menghadiri NPC ICC peringkat national.. boleh baca pada post saya yang lepas disini
Sebagai seorang newbie dalam perniagaan internet ini, satu perkara bijak yang anda lakukan ialah belajar dengan usaha sendiri dan jika sangkut pada sesuatu masalah teknikal cuba selesaikan terlebih dahulu, jika tidak menemui jawapannya segeralah bertanya.
Inilah yang saya lakukan masa mula-mula bergiat dalam perniagaan internet ini. Sampai kini juga saya masih melakukan benda yang sama
. Anda perlu tahu tidak semua otai-otai internet tahu akan masalah-masalah teknikal dalam perniagaan internet ini. Namun mungkin bezanya dengan anda kerana anda tidak tahu mungkin dalam 80%, manakala otai-otai internet tidak tahu mungkin dalam 10%.
Disini saya ingin memberitahu anda bentuk soalan yang saya tidak akan jawap sama sekali.. dan saya amat-amat tegas dalam hal ini.
- Anda meminta tunjuk ajar dalam perniagaan internet. Ini bukanlah pertanyaan tapi permintaan. Saya hanya boleh membantu anda, tapi untuk mengajar dari A - Z anda perlu usaha sendiri.
- Anda bertanya soalan-soalan yang tidak logik. Contoh soalan adalah seperti ini “bagaimana saya boleh untung ribu-ribu dalam perniagaan internet?” Saya tidak ada jawapan untuk soalan seperti itu.
- Anda bertanya soalan diluar bidang saya. Ingat saya menjalankan perniagaan internet dan bukan pelaburan internet.
- Anda terlalu mendesak. Ingat! bertanya seolah-olah anda meminta pertolongan. Jadi kena tahu adab dalam bertanya
. - Pertanyaan anda terlalu simple. Contoh pertanyaan “Macam mana nak traffic?” Anda fikir bagaimana saya nak menjawap soalan seperti itu.
Nie la bentuk pertanyaan yang saya tidak akan layan. Selain daripada itu, saya akan layan seperti biasa. Saya akan mengemaskini tempat pertanyaan untuk laman web saya. Kerana kini pertanyaan dari anda sampai ke hampir semua address email saya. Sebab itu ada kes pertanyaan yang tidak saya jawap hingga kini. Mungkin terlepas pandang
Saya juga akan kumpulkan semua pertanyaan tersebut dalam satu laman web, untuk rujukan anda supaya tidak berlaku soalan-soalan yang berulang. Alamat email serta nama anda akan saya rahsiakan.
Untuk membuat pertanyaan buat masa ini yang paling popular dan mendapat tempat pertama dalam menjawap soalan dari saya adalah melalui contact form yang disediakan dalam blog ini.. anda boleh Klik Disini!!
Â
Entry Filed under: Memulakan Perniagaan Internet, Pertanyaan, Sekadar Renungan, Soal Jawap





























3 Comments Add your own
1. JimieRay | August 16th, 2007 at 2:44 am
Jebat, saya nak bertanya sikit ni… Kat mana tempat untuk saya nak bertanya?
2. JimieRay | August 16th, 2007 at 2:51 am
Hee..hee… Sebenarnya komen yg atas tu saya bergurau jer Jebat
Memang patut tindakkan tegas yg Jebat lakukan itu sbb kadang seseorang cuma nak buat kerja mudah jer. Tak nak belajar dan tak sanggup di ajar. Mentaliti subsidi masih menebal lagi dalam masyarakat kita. Kalau bole semuanyer nak free…. Bila dah nak kena beli ebook utk belajar, terus tak jadi….
Selalunyer org yg macam ni kerjanya hanya sekerat jalan jerr…
3. Jebat Mesranet | August 19th, 2007 at 8:30 pm
Ooo gurau jer ke Jimie.. ingatkan betul-betul tanya.. baru nak cal Jimie bagitahu link pertanyaan tu he..he.. Sokong pendapat Jimie, ada sesetengah yang hanya mahukan free jer dan langsung tidak mahu mengeluarkan sedikit duit untuk belajar.. Susah nak berjaya kalo macam tu. Untuk berjaya dalam apa jua perlu melakukan sedikit pengorbanan.. contohnya membeli keperluan untuk belajar. Satu lagi bertanya namun setelah mendapat jalan buntu. Jangan bertanya jika anda belum mencuba dulu ilmu tersebut..
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed