Telefon Dari Kawan Lama..

September 9th, 2007

Assalammualaikum semua..

Seharian saya melayari internet ini bermula semalam. Mulanya banyak benda yang plan nak buat tapi setelah duduk kat internet ni lain pula ceritanya. Ada otai internet yang bagi saya satu software semalam. Gembira jugalah dapat software tu, sebab saya memang memerlukannya :-) . Thanks’s bro.

Semalam juga masa time kerja ada seorang kenalan lama yang tetiba menelefon saya. Mulanya memang kurang kenal.. sebab lama tidak berhubung, pastu dah kenal diri baru kenal si polan bin si polan :-) .

Satu soalan yang dia tanya yang membuatkan saya tersenyum.. “ko buat perniagaan internet ke?”. Saya tersenyum kerana telah ada 4 atau 5 orang yang bertanya soalan yang sama sebelum ini. Mereka bertanya kerana telah terbaca atau terlihat di internet laman web jualan saya serta blog ini. Rasa macam artis pun ada ha..ha..

Saya lebih suka tidak menceritakan penglibatan saya dalam perniagaan internet ini, kerana tidak semua orang yang tahu akan perniagaan ini (mereka yang buta IT). Senang cerita saya malas hendak menerangkan sesuatu yang orang lain tidak mahu tahu. Melainkan mereka yang bertanya, saya akan memberikan jawapannya. Mudah macam tu ;-) .

Satu soalan cepu emas yang mereka biasa akan tanya, ” Berapa banyak dah ko punya untung?” Sukar sebenarnya saya ingin menjawap soalan tersebut, kerana pendapatan saya yang tidak menentu. Bulan mei masa pelancaran ebook Cpanel hasil jualan adalah sebanyak RM3000 hanya dalam masa 5 hari. Setelah beberapa bulan berlalu jumlah keseluruhan jualan ebook hampir mencecah 350 buah. Anda hitungkan sendiri berapa jumlah keuntungan setakat ini yang mampu saya perolehi jika harga satu ebook adalah RM35 :-) .Terima kasih kepada yang membeli atas sokongan anda itu.

Itu sahaja soalan yang mampu saya jawap untuk pertanyaan anda. Jika anda rasa ianya lumayan.. pasangkan niat untuk mempelajari ilmu perniagaan internet ini. Namun jika anda rasa ianya hanya ‘boleh..laa…’ mungkin perniagaan internet ini bukan untuk anda!

Kepada mereka yang berminat tapi masih belum nampak jalan perniagaan ini, saya berikan link yang boleh membantu anda. Saya tidak akan menjawapnya kerana telah banyak blog yang menceritakan tentang perniagaan ini, salah satu dari blog tersebut ialah blog saya ini. Pergi pada sidebar blog ini dan baca post-post lepas yang telah saya tulis :-) . Pada sidebar tersebut juga terdapat link-link dari Internet marketer Malaysia.

http://www.mesrainternet.com/blog/index.php/category/kursus-perniagaan-internet/

Ok la saya hendak minta diri dulu. Kerana ada banyak kerja yang menunggu saya kini sehingga raya nanti. Ada sesuatu yang ingin saya lancarkan. Tunggu pengumumuman dari saya ye. Disamping itu saya juga sibuk mengembangkan ilmu google adsense saya. Lebih-lebih lagi setelah menerima pin nombor dari google yang menandakan pembayaran cek akan saya terima tidak alam lagi. Untuk bulan ogos lepas tak banyak mana hanya USD111 sahaja. Untuk bulan september rasanya lebih sikit kot ;-) .

Saya kongsikan disini surat yang saya terima dari pakcik google tu:

Surat Dari Google

 

Cau cin cau.. Jumpa lagi yer! ;-)

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Memulakan Perniagaan Internet, Soal Jawap, google adsense, kisah dan tauladan, pengumuman

3 Comments Add your own

  • 1. Maizul  |  September 9th, 2007 at 9:30 pm

    Wah… tahniah jebat.

  • 2. Jebat Mesranet  |  September 9th, 2007 at 10:36 pm

    Terima kasih Maizul :-) .Lama tak dengar cerita dan dah lama juga la saya tak memberi komen kat blog Maizul & member-member lain. Walaubagaimana pun saya ada juga membaca tulisan pada post Maizul masa time kerja he..he.. Ye la bosan bekerja je, sesekali tu ok la surf internet kan ;-) . Tq Maizul.

  • 3. abdfatah  |  September 12th, 2007 at 5:47 pm

    tak banyak hang kata? dari tak banyak hanya sen sen je dapat… dapat jugak laa tak banyak mana….

    macam citer berjualan di pasar malam. dapat rm500 je sehari dengan dua 3 buah gerai… kalo sepuluh gerai jualan…?

    haaa kiralah sendiri untuk bulan ramadhan nih…

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed



8 Modul Pakej Lengkap
Perniagaan Internet

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook


Jana Wang Dengan
Teknik Baru Adsense!

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Most Recent Posts