Tun Dr. Mahathir Juga Mempunyai Blog - Anda Bila Lagi?
May 9th, 2008
Assalammualaikum semua,
Ya!! anda tidak tersalah baca.. kini Tun Dr. Mahathir juga telah mula menulis blog untuk meluahkan sebarang pandangan serta pendapat beliau mengenai perkembangan politik di negara kita Malaysia. Emm.. Kepada anda yang meminati senario politik Malaysia, silalah berkunjung ke Blog Tun kerana Tun bukan calang-calang orang dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang banyak mewarnai dan mencorakkan Malaysia.

Apa yang istimewanya mengenai blog Tun adalah kerana ianya di tulis dalam 2 bahasa iaitu bahasa Malaysia dan adakalanya bahasa english bersesuaian dengan post yang akan di bincangkan.
Anda lihat sendiri.. orang yang begitu berpengaruh di Malaysia juga menggunakan blog untuk menulis. Kalau anda fikir-fikirkan sendiri, apa perlunya Tun Dr. Mahathir menulis dalam blog, sebab setiap butir patah perkataan beliau pada umum akan tersebar sekelip mata sahaja di segenap pelusuk negara kita Malaysia juga dunia.
Namun kenapa Tun Dr. Mahathir kini memilih blog sebagai medan untuk beliau menulis? Sebab Tun tahu kekuatan blog sangat-sangat hebat untuk di jadikan senjata dalam bidang penulisan di alaf baru ini. Bukti utama yang tidak boleh di sangkal adalah kekalahan teruk kerajaan pada pilihanraya baru-baru ini. Walaupun dapat memerintah Malaysia kembali, namun dengan majoriti kurang dari 2/3. Walaupun bukan 100% dari kekuatan blog.. tapi sedikit sebanyak blog juga memainkan peranan.
Adakah melampau jika saya katakan blog adalah satu kemestian kini untuk semua orang?. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai komputer dan talian internet. Fikirkan la.. kalau orang macam Tun Dr. Mahathir yang begitu popular dan berpengaruh juga menggunakan blog, apatah lagi orang yang langsung tidak ternama macam anda mahupun saya.
Jadi fikir-fikirkan la untuk mempunyai blog sendiri. Mulakan penulisan anda.. Tapi untuk apa? Untuk berkongsi pengalaman mungkin, untuk membina kredibiliti mungkin, untuk menambah kenalan talian mungkin, untuk membuat network mungkin, untuk memberi tutorial mungkin, untuk apa sahaja tak kisah!!, yang penting anda mempunyai blog peribadi anda sendiri.
Anda boleh belajar membina blog sendiri di sini http://belajarblog.com/

Entry Filed under: Panduan Blog, Membina Blog, Belajar Blog, Tun Dr. Mahathir, Politik Malaysia































4 Comments Add your own
1. komenebook | May 11th, 2008 at 12:41 pm
(salam) buat jebat
Yup.memang Dr.M dah terkena “penyakit” blogger..heheehehe
Apapun, saya dah tengok isi2ya. walaupun saya ni kureng sikit dari segi berpoliktik. tapi dah bagi pendapat gak kat sana (guna nickname saya dalam blogspot)..syukur..komen saya tak dibanned.
site tersebut memang mempunyai autoriti dan kredibiliti tersendiri.
satu post yang Tun buat, dah dapat lebih 230 komen..kalo dia wat bisnes internet..tak tahula berapa yang dia dapat!
itulah kuasa blog sekarang ni. apa yang payahnya, nak tulis dan bagaimana nak tulis maklumat yang betul2 bermanfaat untuk komuniti.
jebat! saya sependapat dengan anda..kita mesti ada blog sendiri dengan maklumat yang berautoriti…
2. Jebat Mesranet | May 14th, 2008 at 8:55 am
Rasanya kalau Tun buka blog beliau untuk iklan mesti ramai yang masukkan
. Itu la sebabnya blog kena ada kekuatan untuk membolehkan menghasilkan pendapatan kelak
.
Tq untuk komen tu ye..
3. olie | May 18th, 2008 at 3:57 pm
Tun M memang banyak idea bernas dan komentar untuk diluahkan. Memiliki blog sendiri untuk tujuan itu memang tepat pada masanya. Sepatutnya, tun dah ade blog dari dulu lagi …
4. amylela | June 14th, 2008 at 6:05 pm
ish dasat gak blog orang berpengaruh ni… amy br je first time visit tdi … and definitely akan visit lagi dan tunggu lagi post2 terbaru tun
Tun memang hebat dan kredibilitinya tiada sape pun bleh lawan..
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed