Corat-Coret Raya - 1 Berita Baik Dan 1 Berita Kurang Baik

October 17th, 2008

Assalammualaikum dan selamat bertemu kembali ;-) .

Hari ahad lepas saya telah selamat tiba di Melaka dan pada hari isnin ke esokkan harinya saya memulakan rutin harian seperti biasa. Namun perniagaan internet saya mulakan hari ini di sebabkan terlalu banyak open house hari raya :-) . Ini menyebabkan saya agak tembam sedikit dari kebiasaan ha..ha..

Masa balik kampung hari tu, sebenarnya saya agak kagum juga la kerana rata-rata penduduk kampung saya tu telah tahu sedikit sebanyak mengenai aktiviti internet berbanding setahun lepas yang rata-ratanya tiada yang buat pun aktiviti internet ini.

Bayangkan ada 2 orang kenalan saya yang banyak menghabiskan duit membeli produk di ebay, kemudian menjualkannya dan mendapat keuntungan 100%. Hebat betul :-) . Tak kurang juga yang membeli barangan elektronik seperti handphone, mp4 dan lain-lain di ebay. Kagum juga la saya he..he..

Namun ada juga la berita yang kurang baik akibat daripada pengaruh internet ini. Hampir kebanyakkan kereta, bas dan van orang-orang kampung saya itu ada lekat sticker yang mempromosikan satu skim yang di ban oleh bank negara baru-baru ini.

Berita Utusan

Saya juga tidak terlepas dari promosi mereka dan seperti biasa saya terus terang katakan benda ni TIPU!!. Tak kan la semudah tu orang nak bagi duit tanpa berbuat apa-apa kerja pun. Baik betul hati diorang.. Hanya perlu labur sejumlah wang, duduk goyang kaki dan bulan-bulan dapat imbuhan yang jumlah keuntungan boleh menukar status seseorang menjadi jutawan ha..ha..ha.. Lawak.. lawak..

Namun kenyataannya, skim ini betul-betul berjaya di kampung saya. Hampir setiap rumah bercerita mengenai skim ini masa pergi beraya hari itu. Kesian pula saya pada mereka, kerana mungkin ini pengalaman kali pertama mereka. Mana yang belum masuk skim ini sebolehnya saya nasihatkan. Nak dengar atau tidak terserah pada individu tersebut.

Belum sampai seminggu saya balik Melaka..tup.. tup.. dah kena ban dah.. Hangus duit RM10,000 makcik… Memang betul manusia dapat belajar dari kesilapan. Namun kalau boleh biar la kesilapan seperti mengayuh basikal jatuh bangun dan pandai mengayuh. Jangan la kesilapan yang meninggalkan seribu macam kedukaan.

Kepada yang belum terkena tu.. Berhati-hati lain kali ye. Saya percaya modus operasi skim-skim ini tak kan pernah berhenti. Sebenarnya mudah je nak kenal skim-skim ni..

MANA-MANA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN BERLIPAT KALI GANDA DENGAN HANYA SEDIKIT PELABURAN TANPA PERLU BEKERJA KERAS, HANYA PERLU GOYANG KAKI.. AWAS!!! INI LA SKIM-SKIM YANG PERLU ANDA JAUHI!!

TIADA JALAN MUDAH UNTUK KAYA!!

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Belian Online, Berita Harian, Pelaburan Internet, Skim Cepat Kaya, kisah dan tauladan

5 Comments Add your own

  • 1. pakteh  |  October 18th, 2008 at 9:02 am

    Itu baru 4 syk. yg diserbu oleh BNM, yg kat luar tu ada berlambak lagi yg sedang rancak merekrut ahli. Makin ramai lagi yg akan terpedaya. Nasihat pun buang masa…maklumlah duit masyuk banyak tanpa perlu buat apa-apa pun.

    Yang hairan nya ada yg dah banyak kali tertipu dgn skim cepat kaya, masih tak serik-serik.

    Nak Jadi Kaya Bukan Mudah…Kalau Tak, Dah Ramai Yang KAYA!!

  • 2. Jebat  |  October 18th, 2008 at 11:34 pm

    Salam pakteh.. Ya memang pelik tu. Ada yang pernah terkena tapi tak serik-serik lagi. Mungkin pasal nafsu untuk kaya menguasai akal. Ada pepatah “ikut hati mati, ikut nafsu binasa”.

  • 3. Rizal KomenEbook  |  October 19th, 2008 at 12:33 am

    (salam) dan salam hari raya

    dah tembam ke..ahaks!

    sebenarnya, mana2 skim yang menganjurkan program “ala-ala deposit” tertakluk kepada akta BAFIA (Banking and Financial Institutions Act) oleh BNM..

    Saya harap pasni, takde lagila insan-insan yang berharap jadi OKB dengan join mana-mana skim yang tak mematuhi undang2 BAFIA ni..saya sokong sangat pendapat jebat dan pakteh, dah kena tipu tapi masih tak serik-serik.

    Saya sempat nasihat sorang jek, itupun sebab dia tu muda dari saya kot. Yang berusia dari saya, Hmmm..tak makan saman, kalo cakap secara baik dan nasihat lebih2 pulak , dikatanya kita ni tak beradab.. last2, nak tunjuk muka kat depan saya pun segan..

    Nasi dah jadi bubur…

  • 4. bertz  |  October 24th, 2008 at 7:08 pm

    Click bank ni tak susah nak buat ke?
    http://bertbiz.blogstarz.my

  • 5. KampungBoy  |  October 25th, 2008 at 11:48 am

    Ala…nie diorang kata disebabkan tekan daripad bank negara sendiri yg mn rakyat malaysia skg dah kurang melabur di bank. Banka yg beralih ke syarikt seperti pelaburan ini.

    Stu lgi Jebat, plugin per yg ko pakai untuk scroll down senarai blogroll ko tu. Ko seting cmne??? Boleh ajarkan x???

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed



8 Modul Pakej Lengkap
Perniagaan Internet

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook


Jana Wang Dengan
Teknik Baru Adsense!

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Most Recent Posts