Saya online melalui CC.. Link Download Telah Saya Berikan
September 30th, 2008
Sebentar tadi saya telah mengirimkan kesemua link download ebook kepada semua pembeli. Maaf atas sedikit kelewatan memberikan dan terima kasih di atas kesabaran anda menanti
.Moga dengan kesabaran anda akan dilipat gandakan pahala dibulan ramadhan ini.Saya kini berada di cyber Cafe K.Penyu. Saya kurang pasti talian apa yang cc ni gunakan, memang lembab, anda bayangkan hanya menghantar 5 email memakan masa 1 jam. tetapi tidak mengapa dari tiada talian internet langsungkan. Insyaallah di lain tahun saya akan pertimbangkan untuk menggunakan broadband celcom di sebabkan celcom telah menambahbaikkan taliannya di kampung ini dan telah ada yang online menggunakan talian celcom ini.
saya telah tiba di Sabah pada 26/09/2008 pukul 9.30 malam, agak lewat sedikit dari jadual penerbangan disebabkan Airasia telah delay hampir 40 minit. Saya bermalam di rumah adik dan terus balik kampung K.Penyu keesokkan harinya kerana banyak kerja-kerja rumah yang perlu di bereskan.
Hari ini semuanya dah settle, jadi ada masa sikit untuk ke cyber cafe. insyaallah pada hari raya ke 3 nanti saya akan ke cc ini lagi untuk melihat kalau-kalau ada pembeli produk atau pertanyaan dari anda.
Kepada anda yang membeli produk saya bermula hari ini, kena tunggu sampai raya ke 3 nanti la saya kirimkan link download kepada anda.
Saya undur diri dulu dan sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat hari raya kepada semua. saya juga ingin menjemput anda semua beraya ke rumah saya di batu 3 kg. Kuala Penyu Sabah. Mana -mana yang ada berdekatan boleh la datang. Jangan malu atau segan, insyaallah hidangan raya cukup punya!!
.
Jumpa lagi!

Entry Filed under: Selamat Hari Raya, Sembang Kosong, pengumuman





























3 Comments Add your own
1. Rizal KomenEbook | October 2nd, 2008 at 11:22 am
salam bro
elok jugak nak pakai broadband, tapi saya ni masih terfikir mana satu yang elok, ada yang kata pakai celcom, ada yang cakap maxis, bila dah dengar dua explaination dari promoter nih, dah buat saya jadi penin..huhuh
tahniah saya ucapkan pada bro, cuti beraya tapi bisnes tetap buat.
tak malu..tak segan..abang saya pun ada kat KK sana..tentu rumah bro ramai pengunjung.
tapi tahun ni memang saya tak kemana-mana…saya ada beberapa dateline!
. anyway, semoga selamat pergi dan pulang, hati2 naik flight ya
2. pakar clickbank | October 6th, 2008 at 2:57 pm
Em…saya sekarang guna juga streamyx dan juga celcom 3g ,agaknya celcom 3g agak laju dan stabil juga ,
3. KampungBoy | October 11th, 2008 at 2:29 am
Act….sekarang nie mmg line Streamyx slow aje memanjang. Untuk kita kaki2 Internet menjadi satu mslh. So…agak2 pilihan yang paling banyak daripada masalah hampir kosong dalam menggunakan talian Internet….???
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed