Langkah 1:Memulakan Perniagaan Internet + Pencarian Produk + Ebook Percuma
January 25th, 2007
Hai apa Khabar? Minggu ini merupakan hari sibuk saya. Saya mencuri sedikit masa untuk post kali ini iaitu ‘Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Internet Anda!!?’. Soalan ini amat popular untuk pertanyaan newbie kepada saya sepanjang minggu ini.
Baiklah!! mengikut cara saya untuk memulakan perniagaan internet, saya lebih gemar memulakan dengan pencarian produk terlebih dahulu sebelum pembelian domain, webhosting, pembinaan laman web dan sebagainya. Ye la nama pun perniagaankan
Tanpa produk apa yang anda nak perniagakan? Boleh.. Perkhidmatan juga adalah merupakan produk bagi sesetengah orang. Namun produk yang saya hendak bincangkan disini ialah produk jual dan beli..
Ada bermacam jenis produk yang anda boleh jualkan di internet. Namun saya sarankan kepada anda untuk mencari produk yang sesuai untuk diniagakan di internet seperti:
- Produk kecil yang mudah untuk dibungkus dan diposkan kepada bakal pelanggan  anda contoh seperti CD-ROMÂ
- Produk yang ringan, Kos murah untuk pos pada pelanggan contoh peta Malaysia.
- Produk yang tiada tarikh luput dan tidak mudah rosak. Kueh, balacan
, Kek dll tidak digalakkan. - Produk yang tidak mengeluarkan bau. Durian tidak digalakkan!
- Bukan bahan-bahan porno, disamping menjadi satu kesalahan juga boleh menjatuhkan akhlak. Diharamkan!!
Sebenarnya produk di internet tidak terbatas. Namun ciri-ciri produk perlu diambil kira untuk mendapatkan keuntungan dan tidak begitu membebankan. Ketahuilah! produk-produk yang membolehkan anda mendapatkan keuntungan maksima dalam perniagaan internet ini antaranya:
- Perisian yang hanya memerlukan anda attachkan pada email pembeli atau pun melalui download pada sesuatu laman web. Anda dapat menjimatkan kos penghantaran, manakala perisian tiada stok lapuk.
- Pembinaan ebook hasil tulisan sendiri yang membolehkan anda mendapatkan keuntungan 100% milik anda. Juga boleh diattachkan pada email atau melalui download. Juga tiada stok lapuk. Untuk membina ebook sendiri boleh download ebook percuma dari saya.. KLIK DISINI..Â
- Membeli barangan yang mempunyai ‘Master Resell Right‘ yang memberikan hak jualan semula, manakala 100% keuntungan milik anda! Juga produk yang mempunyai ‘Private Label Right‘ yang memberikan anda hak untuk mengedit.. nak letak nama anda jadi penulis pun boleh
, juga boleh dijual semula dan 100% keuntungan milik anda.
Untuk produk ‘Master Resell Right’ & ‘Private Label Right’Â anda boleh mencarinya menggunakan yahoo & google, dengan hanya taipkan perkataan tersebut dan search! Anda juga boleh mendapatkan produk tersebut pada laman web saya ini.. Hanya perlu klik dI sini…Â
Setelah anda sudah mempunyai produk, bolehlah meneruskan untuk langkah perniagaan internet seterusnya yang akan saya ceritakan di lain hari.. Tunggguuuu!!!
Jangan lupa untuk mendownload ebook percuma dari saya. Jumpa lagi di lain post ye. Salam penuh keceriaan dari MesraInternet.Com
Entry Filed under: Blogroll, Ebook Percuma, Kursus Perniagaan Internet, Master Resell Right, Memulakan Perniagaan Internet, Panduan Perniagaan, Produk Internet, Tips Perniagaan





























6 Comments Add your own
1. Jebat Mesranet | January 27th, 2007 at 5:57 am
Tetapi jangan sesekali ciplak atau jual hasil kerja orang lain untuk dijadikan produk anda.. Tak elok! Tetapi dalam menghasilkan produk sendiri, jika anda menghasilkan sama produk dengan orang lain, tidak menjadi hal.. Ini lah dinamakan persaingan dalam perniagaan internet
2. hapisol | January 29th, 2007 at 4:37 pm
tq for tips.
dlm plan saya thn 2007,
akan membuat sebuah ebook berjudul (biarlah rahsia) yg kandungannya spt dlm perbincangan di blog saya, kemudian jual resell right, affiliate, adsence, dan reviewme.com.
ok?
3. Jebat Mesranet | January 30th, 2007 at 2:46 am
Ok sangat hapisol. Hapisol bagitau saya sorang pasal rahsia tu bole?
Nanti dah dekat nak lancarkan produk hapisol tu, ngan lupa inform kat saya ye.. ebook membolehkan hapisol mendapat untung maksimum.. Saya pun nak terbitkan ebook. Tapi bukan dalam masa terdekat nie. La ni tengah cari market dulu
4. Maizul | January 31st, 2007 at 6:30 pm
Terima kasih Jebat.. ebook yang menarik… pasni boleh la aku buat ebook
5. Jebat Mesranet | February 1st, 2007 at 3:18 am
Terima kasih kembali
. saya selalu tengok blog Maizul. Ok menarik. Ada satu yang saya nak pelajari dari blog Maizul tu. Dah cuba tapi tak berjaya
6. Panduan & Kaedah Pern&hellip | February 19th, 2007 at 10:18 am
[...] Jika anda adalah newbie yang baru melawati blog saya ini, anda boleh klik pada Langkah 1 dan Langkah 2, post dari saya sebelum ini untuk panduan memulakan peniagaan internet anda. [...]
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed