Langkah #3.1 - Pemilihan Nama Domain
February 19th, 2007
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Hampir seminggu bermula isnin lepas saya sibuk kerja dan pada sebelah petang saya terpaksa kerja lebih masa untuk menyiapkan projek kumpulan saya yang akan dipersembahkan pada management awal bulan mac ini. Tetapi seperti yang saya janjikan akan meneruskan langkah ke#3 dalam memulakan peniagaan internet ini.
Jika anda adalah newbie yang baru melawati blog saya ini, anda boleh klik pada Langkah 1 dan Langkah 2, post dari saya sebelum ini untuk panduan memulakan peniagaan internet anda.
Pada langkah ini pastikan anda sudah mempunyai produk dan telah juga mendapatkan kata kunci untuk pasaran produk anda. Dalam perniagaan internet anda perlu membeli domain dan web hosting untuk memaparkan laman web jualan anda pada umum. Jangan sesekali menggunakan domain serta web hosting percuma. Ini untuk menunjukkan pada pelanggan anda serius dalam peniagaan internet ini. Kredibiliti anda dimata pelanggan juga tinggi
.Untuk topik hari ini saya akan menceritakan berkenaan nama domain sahaja. Dilain post saya akan sambung untuk web hosting yer
. Topik domain ini agak panjang sikit.. nanti anda bosan membaca
Anda tahu apa yang dikatakan nama domain? Secara ringkas domain ialah seperti nama kedai anda, cuma bezanya perniagaan nyata dan perniagaan cyber ini ialah dihujung nama domain anda ditambahkan dengan . com, . net, .org (antaranbangsa) .com.my, .net.my, .org.my (tempatan). Anda masih tak faham? Ok satu contoh dari saya
Perniagaan nyata nama kedai anda: ‘Restoran Ali’.. Perniagaan internet nama kedai (domain) anda ‘restoranali.com’ . Nampak perbezaannya? Itu contoh sahaja.. Namun ada benda yang harus anda pertimbangkan dalam pemilihan serta pembelian nama domain anda.
- Pastikan nama domain anda pendek sahaja. Contoh seperti yahoo.com. Jangan terlalu penjang contoh restoranaliistimewasangat.com . Tengok pun menyakitkan mata
- Pastikan nama domain anda senang dieja. Orang hanya lihat sekali sahaja, terus tahu eja.. Contoh seperti ‘mesrainternet.com’ ini. Jika nama domain anda seperti ini ’semesterinternet’, saya berani jamin orang akan lihat dua tiga kali nak pastikan sama ada ’semesteinternet ‘ tanpa ‘r’ atau ’semesterinternet’ dengan ‘r’.
- Jangan sesekali letakkan domain dengan nombor contoh ‘internet4u.com;. Berkemungkinan orang yang dengar akan taipkan nama domain anda seperti ini internetfouru.com. “kenapa maybank boleh menggunakan angka pada domain?” Ia maybank menggunakan domain maybank2u.com.. Tapi kos promosi maybank besar. Anda sanggup menggunakan kos ribuan ringgit untuk memulakan perniagaan internet anda?
- Jangan menggunakan nama dalam domain. Kecuali jika nama anda tiada ejaan yang menggelirukan seperti jebat.com
. Tapi jika nama anda abdullah contoh sahaja. Domain anda mungkin seperti ini abdullah.com. Tapi tidak mustahil pelanggan anda akan taip seperti ini abdulah.com. Lihat anda hilang seorang bakal pembeli produk anda. - Jangan campurkan domain anda antara BI dan BM. Satu contoh kaedahsubject.com berkemungkinan pelangan anda akan taip seperti ini kaedahsubjek.com
- Cari domain yang mempunyai perkataan yang berulang-ulang. Contoh seperti yahoo.com ‘O’ perkataan berulang-ulang. Google.com ‘O’ perkataan berulang-ulang. rahsiainternet.com ‘a’,'i’,'t’,'n’ dan ‘e’ perkataan berulang-ulang. Ini seolah-olah dapat memendekkan domain anda.
Nasihat saya untuk perniagaan internet ini memadai anda menggunakan .com untuk perniagaan internet global anda. Untuk perniagaan tempatan juga gunakan .com tetapi jika hendak mencari nama domain yang sesuai gunakan.com.my . Ini adalah kerana domain .com sukar untuk anda mencari domain yang sesuai kerana berkemungkinan telah ada orang yang menggunakannya. Untuk 1 nama domain hanya 1 pengguna sahaja. Tidak boleh ada 2 pengguna. Domain .com.my masih belum banyak dimiliki memudahkan anda mencari nama domain anda. Namun harga .com.my agak mahal berbanding .com . Tidak kisah anda hendak gunakan .com atau .com.my kedua-dua pun boleh, kerana kedua-dua domain ini sudah sinonim dalam perniagaan internet.
Anda boleh dapatkan nama domain anda pada syarikat web hosting seperti namsahaz.com , sempoihosting.com , NetKL.com dan macam-macam lagi. Sebelum anda membeli nama domain pastikan anda membuat pemeriksaan samaada domain anda sudah dimiliki oleh orang lain atau belum. Langkah ini perlu anda buat. Satu contoh dari saya menggunakan namsahaz.com.. Masuk ke laman web namsahaz.com dan masukkan nama domain anda. Sebagai contoh domain ‘buatbatik’.. Pastu klik ‘check availability’
Available bermaksud anda boleh memiliki domain tersebut, manakala kalau already taken bermaksud domain tersebut sudah dimiliki dan anda tidak boleh membelinya. Ok itu sahaja post hari ini. Jumpa lagi ye!
P.S: Untuk post berikutnya saya akan menceritakan bagaimana memilih web hosting dan cara membeli domain dan hosting tersebut. Tunggu ye.. Saya dalam proses pembelian domain. Saya akan bukukan untuk anda
Â
Entry Filed under: Blogroll, Kursus Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Motivasi Perniagaan, Panduan Perniagaan, Produk Internet, Tips Perniagaan, Tutorial Perniagaan Internet





























5 Comments Add your own
1. cikgu azleen | February 21st, 2007 at 12:54 am
hmm.. saya pun dah guna campur BM BI untuk domain saya.. kene promosi lagi kuat ler kot..
2. Jebat Mesranet | February 21st, 2007 at 1:13 am
Eeemmm.. komen nie pun salah satu promosi cikgu. Banyak traffic ke blog saya datangnya dari komen seperti ini
.. Macam nak suruh cikgu komen selalu jer
Tak salah nak guna BI BM tu. Cuma takut pelawat salah eja masa taip url domain tu.. Sebutan sama.. cuma ejaan je lain.. Tq untuk komen cikgu!
3. Labanon FlareBiz | February 21st, 2007 at 4:13 pm
Tips yang bagus.. hehe nampaknya kene tambah info saudaralah dalam ebook saya( Asas Penting Perniagaan Internet) …
4. Jebat Mesranet | February 21st, 2007 at 9:46 pm
Wah dah nak buat Ebook ker? Tu untuk pemberian percuma atau untuk dijual labanon?
5. hapisol | February 22nd, 2007 at 6:21 pm
labanon bagi free jer.
dia jv dgn fai.
memang hebat anak muda berdua ni.
ops, tq for tips.
sorry, lama tak komen kat sini,
sibk sikit baru2 ni.
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed