Langkah #3.2 - Pemilihan Web Hosting

February 23rd, 2007

Sudah hampir 3 hari saya tidak membuat post untuk blog ini :-) . Sibuk dengan kerja yang tidak menentu. Ini la salah satu cabaran utama yang  anda kena lalui jika bergiat aktif dalam perniagaan internet. Sering kali kekurangan masa :-) . Saya hanya meluangkan 3 jam masa saya sehari untuk perniagaan internet ini. Berpandukan jadual harian saya.. Tapi biasanya terlebih :-) . Terpulang pada anda bagaimana untuk menguruskan masa anda!.

Berbalik pada topik kita iaitu bagaimana untuk memilih web hosting?. Anda tahu apa yang dinamakan web hosting? Untuk memudahkan anda web hosting adalah tapak kedai yang ingin anda sewa di server. Contohnya macam ni.. Anda mempunyai laman web, jika laman  web anda tidak diuploadkan ke server.. tiada siapa yang dapat melihat laman web anda. Manakala selepas anda uploadkan, taip je nama domain anda.. laman web anda akan dapat dilihat oleh sesiapa sahaja dimana jua :-) . Boleh fahamkan? ;-)

Seperti juga domain, web hosting juga ada yang secara percuma atau pun berbayar. Untuk percuma saya tidak mahu cerita, Kerana dalam perniagaan internet ini, menggunakan web hosting percuma seperti Geocities akan menjatuhkan kredibiliti anda. Saya berani jamin susah untuk menjual produk anda nanti.

Dalam pembelian web hosting anda kena tahu beberapa perkara teknikal seperti gambar dibawah :-) . Tapi usah risau kerana saya ada satu formula bagaimana untuk anda mendapat web hosting yang OK untuk perniagaan internet anda :-) .

Pemilihan Web Hosting

Saya tak nak hurai benda teknikal nie. Kalau nak hurai 10 kali post pun tak cukup :-) . Satu formula yang saya pegang dalam pembelian web hosting ialah saya akan beli dalam nilai RM100 dan keatas. Untuk nilai ini semua aspek teknikal dah cover. Tak yah nak risau-risau tentang sub domains tak cukup, bandwith kecil dan macam-macam lagi. “Iskh! mahal la!!”.. Rm100 setahun tak mahal mana. Cuma kurang RM9 je sebulan. Web hosting nie penting, sebab ia salah satu modul dalam perniagaan internet ini.

Cuma satu nasihat saya dalam pembelian web hosting ni, anda jangan main hentam beli je. Pertama anda kena pergi pada laman web menjual web hosting ni. Periksa senarai pelangan yang telah membeli domain dan web hosting dari syarikat ni. Biasa ada disenaraikan oleh web hosting tersebut..

Pemilahan Web Hosting

Klik pada senarai pelangan syarikat tersebut. Tengok server yang digunakan sama ada laju atau perlahan paparan laman web nya. Jika laju anda boleh pertimbangkan, jika perlahan lupakan je web hosting syarikat tersebut. Anda juga boleh bertanyakan dari mereka yang menggunakan web hosting tersebut. Tanya saya pun boleh :-) . Untuk blog ini saya menggunakan namsahaz.com . Servis OK! :-) .

Jika anda membuat perniagaan yang melibatkan negara luar, Saya nasihatkan anda mencari web hosting dari luar negara. Ini memudahkan pelangan anda di sana. Biasa untuk domain dan web hosting anda beli sekali dari syarikat web hosting. Boleh jika anda membeli dari syarikat berbeza, namun mungkin ada sedikit kesulitan.

P.S :Saya akan bukukan cara praktikal pembelian nama domain dan web hosting. Ini khas untuk anda yang buat pertama kali ingin membeli domain dan web hosting. Kepada anda yang telah mempunyainya rasa panduan ini bukan untuk anda ! :-)

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Perniagaan Internet, Motivasi Perniagaan, Tips Perniagaan, Panduan Perniagaan, Kursus Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Tutorial Perniagaan Internet, Panduan Blog

2 Comments Add your own

  • 1. cikgu azleen  |  February 25th, 2007 at 9:23 pm

    hmmm.. cukup ke 3 jam sehari?? Saya pun dah terlajak ni.. hehehe..

    Pakai streamyx basic 60 jam sebulan.. tapi last month kene tambah lebih rm20 lagi.. kene tengok this month and next month.. kalau still lebih lagi, kenelah upgrade jadik unliminited punye..

  • 2. Jebat Mesranet  |  February 26th, 2007 at 10:25 am

    Tak cukup cikgu :-) Biasa kalo masa cuti, sehari semalam duk depan komputer :-) . Tapi tak kisah sebab saya guna unlimited punya. Guna or tak pun tetap kena bayar Rm66. Sebab tu guna je tanpa henti. Tapi ada masa juga la untuk aktiviti lain.. Kena pandai bagi-bagikan.. Kalo tak satu keje pun tak settle :-) .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed




Agen Diperlukan!!

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Jana 5 Angka
Dengan Produk Ini!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

February 2007
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728  

Most Recent Posts