Langkah #4.2 - Membina Laman Web Jualan + 10 Ciri-Ciri Laman Web Yang Baik!
March 9th, 2007
Laman web adalah modul yang teramat penting dalam perniagaan internet. Dalam perniagaan sebenar anda memainkan peranan untuk menerangkan produk yang anda hendak jual. Namun dalam perniagaan internet laman web mengantikan tempat anda untuk menghasilkan jualan. Jadi pastikan laman web anda dapat menarik hati pelangan anda! Satu kerugian jika anda berjaya menarik traffic ke laman web anda.. Namun laman web anda tidak dapat menghasilkan jualan..
Satu fakta yang harus anda ketahui ialah ” Seseorang yang masuk ke laman web anda hanya memerlukan masa “7 Saat” untuk memilih sama ada meneruskan melayari laman web anda atau keluar tanpa melihat apa produk yang anda nak jual.. Lupa pulak saya mana dapat fakta ini!! :-)Â Iskh!!! Ruginya.. Namun itulah hakikat yang perlu anda ketahui.. :-).
Ok dibawah ini 10 panduan untuk anda bagaimana ciri-ciri sebuah laman web yang baik.. yang mampu menarik minat untuk pelanggan anda membaca dan membeli produk dari anda
- Server untuk paparan laman web anda perlu pantas. Ini yang saya tekankan semasa pembelian domain serta web hosting. Amat membosankan laman web yang anda klik.. memberi paparan hampir 10 saat. Besar kemungkinan bakal pelanggan anda membuang terus tanpa melihat pun laman web anda.
- Pastikan Laman web anda mudah digunakan. Jangan ada yang memasuki laman web anda tersesat kerana link antara laman-laman web yang terlalu mengelirukan. Pastikan juga tiada broken link.
- Elakkan laman web anda terlalu banyak gambar yang berkelip-kelip. Ini sedikit sebanyak menghilangkan tumpuan pembacaan pada laman web anda. Anda sesetengah newbie yang suka meletakkan bermacam-macam grafik pada laman web mereka. Yer saya akui ianya cantik.. namun jika terlalu banyak boleh menghilangkan tumpuan pelangan terhadap pembacaan laman web jualan anda.
- Pastikan laman web anda teratur, tersusun, kemas.. kira sedap mata memandang. Walaupun tidak menggunakan laman web advance. Lumrah manusia memang macam tu.. Satu contoh sperti anda.. nak cari awek atau pakwe mesti sedap mata memandangkan.. Tampak manis. Yang comot-comot korang nak ker?
Begitu juga gambaran pelangan anda!! - Laman web anda mampu menghasilkan information atau maklumat. Ingat laman web jualan bukan semata-mata menghasilkan jualan. Anda kena bijak memberikan maklumat kepada bakal-bakal pelangan anda supaya anda lebih dikenali. Kekadang pelanggan hanya perlukan maklumat untuk sampai kepada laman web jualan anda. Adanya hubungan yang baik satu faktor mendapatkan jualan.  Contoh yang baik menyediakan blog menggunakan domain laman web jualan anda. Beri bermacam-macam maklumat yang berkaitan.
- Pastikan laman web anda ringkas dan mudah difahami. Tidak perlu mengarang ayat yang power-power dan melampau. Pelangan kini sudah pandai menilai.
- Letakkan maklumat cara menghubungi anda. Lebih baik jika disertakan dengan nombor telefon sekali. Supaya bakal pembeli akan lebih percaya.
- Letakkan gambar anda untuk lebih menyakinkan pelanggan. Ingat perniagaan internet adalah perniagaan yang tidak memerlukan anda bersemuka dengan pelanggan anda. Terdapat juga mereka yang melakukan penjualan di internet menipu. Dengan adanya gambar sedikit sebanyak dapat menyakinkan bakal pelanggan anda.
- Testimoni oleh bekas pelanggan anda perlu diletakkan dalam laman web. Ini dapat membantu menaikkan conversion rate jualan anda nanti. Sebaik-baiknya disertakan dengan gambar sekali.
- Memberikan jaminan sebulan ke, setahun ke.. pelanggan akan rasa lebih terjamin. Melalui pengalaman saya.. jarang ada pelanggan yang akan memberi balik produk yang mereka sudah beli. Namun perlu memastikan produk anda benar-benar berkualiti. Ngan main tangkap muat jer.. Ingat pelanggan anda bukan untuk satu produk tu jer.. mungkin untuk produk anda yang akan datang.
Jika semua ciri-ciri diatas ada pada laman web anda.. tidak mustahil laman web anda boleh melakukan jualan. Namun kena banyak bersabar
. Ingat buka mudah sebenarnya untuk menjual hanya menggunakan laman web. Namun jika anda tahu cara betul, insyaallah laman web anda boleh berjaya mendapatkan jualan.
Pada post yang akan datang saya akan cerita satu cara powerfull untuk mendapatkan jualan dari laman web anda. Tungguuuuuuuu!!!!!!!
P.S: Untuk tajuk pembinaan laman web ini, saya mungkin mengambil beberapa post untuk blog saya. Sebab saya rasa benda ini yang paling penting untuk mendapatkan jualan. Manakala promosi adalah bab penting untuk anda mencari traffic. Beza tau… Ngan keliru yer.. Ok jumpa lagi!!
-Jebat Mesranet
Entry Filed under: Belajar Blog, Blogroll, Kursus Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Motivasi Perniagaan, Panduan Perniagaan, Pembinaan Laman Web, Produk Internet, Tips Perniagaan





























Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed