Langkah #4.3 - Ketahui Cara Powerfull Untuk Mendapatkan Jualan Dari Laman Web Anda!
March 14th, 2007
Assalammualaikum semua..
Kepada adik-adik yang telah menerima result SPM isnin lepas, saya harap anda bergembira dengan kejayaan anda. Namun kepada mereka yang mendapat result kurang memuaskan, Jangan cepat putus asa. Ingat! kegagalan sebenarnya mendewasakan anda ada hikmah disebaliknya :-). Kalau sekali sekala la.. Tapi kalau selalu gagal itu bermakna anda malas nak berusaha lebih, tiada fokus dan sudah tidak minat untuk belajar.. Dah nak kahwin kot! hee..hee..
Ok berbalik pada post hari ini.. Saya ingin memberitahu anda satu cara powerfull untuk mendapatkan jualan dari laman web anda. Iskh!! mahal nak minta bayar untuk tips ni :-). Sebenarnya cara ini mungkin telah ramai yang tahu. Walaubagaimanapun ada selalu terleka atau terlupa meletakkannya pada laman web jualan perniagaan internet anda. Untuk newbie yang masih baru hendak bermula membina laman web, saya nasihatkan anda untuk pertimbangkan mengguna cara ini.
Cara yang saya maksudkan ialah meletakkan ’subcribe’ untuk membolehkan pelawat laman web anda meninggalkan nama dan email mereka. Anda tahu apa itu subcribe. Ok contohnya KLIK DISINI!! . Anda memberikan ezine ke.. ebook percuma ke.. pastu pada subcribe anda letakkan ayat yang power-power.. Contohnya ‘Blog senjata hebat mendapatkan traffic’. Pelawat laman web akan tertarik dan seterusnya meninggalkan nama dan email untuk subcribe
Dengan meletakkan subcribe pada laman web anda, pelawat seolah-olah bersetuju untuk anda menghubungi mereka melalui email yang mereka beri kepada anda. Ini dapat mengelakkan Spam! Jangan risau jika mereka tidak membeli daripada anda pada masa itu. Namun dengan adanya email tadi, Dapat membuat follow-up pada bakal pembeli produk anda.
Membuat follow-up kepada bakal pelanggan anda dengan memberikan ezine, artikel, ebook percuma dan macam-macam lagi, dihantarkan ke alamat email yang anda perolehi melalui subcribe tadi. Perlu dengan cara berhemah. Jangan seolah-olah memaksa mereka membeli produk anda. Hanya ceritakan kebaikan produk anda melalui email (contoh je!!). Selebihnya biar mereka fikir sendiri sama ada nak beli atau tidak :-).
Mengikut pakar perniagaan internet.. Pelawat kebiasaan akan membeli produk setelah follow-up yang ke 5. Sebab itu saya katakan cara subcribe ini berkemampuan mendapat jualan untuk laman web anda. Lakukan follow-up berterusan. Tapi ingat! jangan paksa pelangan anda membeli.. Itu duit mereka.. bukan duit anda! ;-).
P.S: Saya menggalakkan anda mencipta ebook sendiri untuk subcribe. Menggunakan ebook percuma yang anda dapat dari laman web orang lain, tidak saya galakkan. Kurang pelawat untuk subcribe nanti, kerana telah memilikinya.. betul tak?
P.S: Untuk adik-adik lepasan SPM yang ingin memohon maktab. Bolehlah mendapatkan pin dari BSN. Kemudian Klik Disini unuk permohonan online. Tarikh tutup 30/03/2007. Just info.
-Jebat Mesranet
Entry Filed under: Blogroll, Kursus Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Motivasi Perniagaan, Panduan Perniagaan, Pembinaan Laman Web, Tips Perniagaan, Tool/Perisian





























8 Comments Add your own
1. Imo Imora | March 14th, 2007 at 10:29 am
Yap.. betul tu. Kita kalo menjual jangan ada teknik ‘TERLALU MEMAKSA PELANGGAN’.
Hem.. Jebat, ada dapat PM saya x kat forum Kit Blogger? Ada soalan sikit la saya nak tanya Jebat
.
2. Jebat Mesranet | March 14th, 2007 at 10:43 am
Ye ke ada soalan. Saya tak perasan. Nanti saya tengok yer. Soalan ape tu agak-agaknya? Yup betul!.. Jangan paksa pelanggan. Bukan takat lari nanti kat blog pun diorang tak nak masuk tengok lagi
.
3. JimieRay | March 14th, 2007 at 8:07 pm
Saya setuju dgn pandangan jebat.
Tapi sampai skrg saya masih belum berjaya untuk pasang subcribe. Di mana saya bole belajar tentang cara pasang dan penggunaannya?
4. azizmansor | March 14th, 2007 at 11:52 pm
Itu satu cara marketing yg baik gak. Cuma saya belum buat lagi, terlupa pulak. Thanks Jebat sbb ingatkan.
Oh ya bila Jebat cakap iklan sampai 5 kali tu, teringat saya akan pesan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Ni utk biz offline la. Tapi boleh dipraktikkan jugak kat online la… Katanya, kita kena bagi sekurang-kurangnya 5 kali biz card kita pd orang yg sama. barulah dia akan tengok kita ni bersungguh dlm biz kita. Saya tak pernah buat lagi ( akan buat ), tapi ingatan ni saya rasa boleh dikongsikan la kan.
utk itu janganlah lihat saya dlm kes ni, lihatlah Dr Fadzilah Kamsah…
5. Jebat Mesranet | March 15th, 2007 at 12:39 am
Cara pemasangan mudah. Salah satu buku rujukan yang saya gunakan untuk memasang subcribe nie ialah buku 15 teknik marketing tulisan Fuad latip. Jimie boleh beli buku nie kalau berminat. Buku nie juga mengajar cara-cara promosi selain dari subcribe tadi.
Yup! Dalam perniagaan internet promosi cara offline adakalanya membantu.. Tul tak aziz? Contohnya saya meletakkan satu stiker laman web saya pada kereta saya. Tak mustahil ada yang buka laman web saya tu
.
6. Labanon FlareBiz | March 15th, 2007 at 9:43 am
Memang jangan paksa pelanggan tetapi… itu semua bukan kita yg buat tetapi SALES LETTER… jadi jelaslah surat jualan memainkan peranan yang penting bagi menukarkan pelawat kepada pembeli…
7. Jebat Mesranet | March 15th, 2007 at 10:40 am
Emm.. betul Labanon
. Sales Letter yang diolah dengan baik boleh menukarkan pelawat kepada pembeli. Kena ambik masa untuk menghasilkan sales letter tu. Ebook menjana wang tanpa produk bila nak lancar labanon?
8. JimieRay | March 15th, 2007 at 10:51 am
Terima Kasih Jebat. Tghari nak pegi kedai buku cari buku Fuad Latif. Saya dah baca ringkasannya kat blog beliau…memang cukup berguna.
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed