Langkah #5 - Cara Anda menerima Pembayaran Dari Pembeli

March 18th, 2007

Post kali ini adalah berkenaan cara anda menerima pembayaran dari pembeli. Satu tujuan anda membuat perniagaan adalah untuk mendapatkan untung! Nak tak anda berniaga jika rugi? Iskh!!! sape nak berniaga kalo rugi!! :-) . Sebab itulah anda mesti meletakkan cara pembayaran pada laman web jualan anda.

Ada banyak cara pembayaran dalam perniagaan internet ini. Salah satu cara adalah dengan bank-in duit dalam bank-bank pilihan anda seperti maybank dan CIMB ( nama baru bagi BCB ). Cara ini adalah amat popular di Malaysia kini. Tahukah anda kenapa kebanyakannya hanya menggunakan Maybank dan CIMB sahaja?. Pernah anda membeli di internet, pembayaran menggunakan bank pertanian ke.. Eon bank ke.. Macam pelik je bunyinya kan!! :-) Tahu kenapa? Kerana kedua-dua bank ini ada menyediakan internet banking, ini memudahkan anda untuk mengesahkan pembayaran pembeli anda hanya login pada bank anda dan lihat sama ada pembayaran sudah dimasukkan atau tidak.

Selain itu anda juga boleh menerima pembayaran melalui wang pos atau money transfer atau cek dari pembeli anda. Namun saya hendak anda pertimbangkan untuk menggunakan pembayaran melalui kad kredit. Kenapa? OK seperti yang anda tahu salah satu laman web saya belajarblog.com pada mulanya menerima hanya pembayaran melalui bank-in dan transfer bank sahaja. Namun kini saya memberikan anda pilihan untuk membeli menggunakan kad kredit.

Kenapa anda perlu meletakkan kad kredit? Salah satu sifat orang Malaysia ni, suka berbelanja menggunakan kad kredit. sebab tu tak hairan kebanyakannya mempunyai hutang beribu-ribu dalam kad kredit.. pendek kata kalau limit kad kredit tu tak sampai lagi.. berbelanja sakan bagai nak rak :-) . Betul tak? Ini dapat memberikan anda advantage untuk mendapatkan lebih pembeli dengan adanya tawaran pembayaran melalui kad kredit.

Cara penerimaan kad kredit yang paling popular sesuatu masa dulu di Malaysia adalah menggunakan paypal. Popularnya paypal kerana anda tidak dikenakan walau satu sen pun untuk membuka akaun paypal ini. Fee atau faedah hanya akan diambil selepas anda berjaya membuat jualan. Namun kini paypal agak sukar digunakan dalam peniagaan internet di Malaysia, Kerana anda tidak akan dapat menerima pembayaran paypal anda di Malaysia disebabkan polisi Bank Negara kita. Ini menjadikan paypal begitu berisiko. Anda boleh melihat laman web bitol atau rujuk dari mana-mana laman web yang memberi tunjuk ajar tentang paypal, jika anda masih berminat menggunakannya.

Cara penerima kad kredit yang kedua iaitu dengan membuka merchant account Worldpay . Kelebihan worldpay adalah boleh membuat pembayaran menggunakan Ringgt Malaysia berbanding paypal dan 2checkout yang perlu menggunakan US Dolar. Duit anda juga boleh ditransfer terus ke Bank-bank pilihan anda. Namun jika anda baru dalam perniagaan internet cara ini tidak efektif kerana mahal untuk membuka akaun anda iaitu sekitar RM2,000 dan ada bayaran service setiap tahun dikenakan kepada anda!. Tapi kalau anda mampu… cubalah :-) .

Cara pembayaran kad kredit yang saya syorkan ialah menggunakan 2checkout seperti yang saya gunakan dalam pakej kitblogger jualan saya. Untuk membuka akaun ini adalah USD47 lebih kurang RM200 sekali sahaja seumur hidup :-) . Ianya tidak berisiko. Setelah anda dapat membuat jualan sebanyak USD100, pihak 2checkout akan menghantarkan cek ke alamat rumah anda. Post saya sudah terlalu panjang. Untuk post seterusnya saya akan menceritakan panjang lebar mengenai 2checkout ini.

P.S: Pakej kitblogger saya kini menerima pembayaran menggunakan kad kredit. Pilihan ini saya ambil bagi memudahkan anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit.. Klik Disini!!

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Perniagaan Internet, Motivasi Perniagaan, Panduan Perniagaan, Kursus Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Produk Internet, Tutorial Perniagaan Internet, Pembinaan Laman Web, Membina Blog, Belajar Blog, Kad Kredit

2 Comments Add your own

  • 1. Sms Banking Service&hellip  |  February 2nd, 2008 at 10:44 pm

    SMS service: Gaining Popularity…

    Short Message Service (SMS) is on the edge of becoming a big-time player in the wireless technology. SMS has grown in popularity far beyond anyone’s initial expectations. SMS is a smart and trouble-free method to interact with our friends living even …

  • 2. Online Banking With Mayba&hellip  |  March 31st, 2008 at 8:08 am

    Online Banking With Maybank…

    Found your blog on yahoo - thanks for the article but i still don’t get it….

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed




Agen Diperlukan!!

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Jana 5 Angka
Dengan Produk Ini!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

March 2007
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Most Recent Posts