Langkah #6 - Menghantar Laman Web Ke Server Hosting.
April 18th, 2007
Hai semua! Maafkan saya kerana telah lama meninggalkan tutorial untuk newbie berkenaan memulakan perniagaan internet. Sudah sampai langkah mana ya? he..he.. kepada yang terlupa tu, sebenarnya kini telah sampai langkah 6. “Tapi langkah 1 hingga langkah 5 sudah lupalah abang?” Usah risau kerana tutorial ini telah saya letakkan pada ruangan sidebar blog saya ini.. “Sidebar tu apa bang!?” Sidebar tu nota kat sebelah tepi kiri blog ini.. Tak faham lagi? iskh!! iskh!! iskh!! Ok lihat je la gambar ini.. he..he..

Setelah anda menyiapkan laman web jualan anda dan telah meletakkan kesemua cara pembayaran untuk produk. Anda perlulah menghantarkan laman web jualan anda itu ke server hosting anda. Proses ini dinamakan “upload”. Kalau lepas ini dengar perkataan upload jangan tak tahu pula ye!!
. Tujuan menghantarkan laman web ke hosting supaya satu dunia dapat melihat laman web jualan anda, dengan syarat mereka bersambung dengan internet dan menaipkan nama domain hosting anda. Bab ini saya telah ceritakan sebelum ini.
Proses mengupload ini anda boleh menggunakan panel kawalan hosting anda. Tetapi saya lebih menggalakkan anda menggunakan filezilla atau coffee cup. Untuk contoh ini saya akan menggunakan coffee cup software. Klik disini!! untuk download perisian cofee cup ini.
Setelah download dan install pada komputer anda sudah boleh menggunakan perisian ini. Buka perisian anda ini. Paparan seperti dibawah akan kelihatan

Kemudian klik pada server.

 Selepas itu cari butang seperti dibawah ini.

Isikan maklumat yang anda perolehi dari syarikat hosting anda pada ruangan ini. Ketiga-tiga ruangan ini anda perlu isi dengan betul. Jika salah anda tidak akan dapat menghantarkan laman web anda pada server.

Setelah isi kesemua maklumat. Tekan connect anda akan dihubungkan dengan server anda.

Pada paparan ini klik public_html.

Seterusnya ikut anak panah. Bawa satu persatu laman web anda ke server. Gambarajah dibawah menunjukkan laman web anda dibawa ke server menggunakan mouse anda.

Proses ini dinamakan upload. Anda kena menghantarkan kesemua sekali isi-isi laman web anda dengan menggunakan mouse. Pegang fail menggunakan mouse dan tarik ikut arah anak panah. Untuk pengetahuan anda sebelah kiri gambarajah di atas (pangkal anak panah)Â adalah komputer anda, manakala sebelah kanan adalah server hosting anda (muncung anak panah). Anda selesai disini. Boleh faham ke? Boleh fahamkan
. Jika tidak faham boleh membuat pertayaan kepada saya ye!Klik Disini!!..
 Ok selamat mencuba!!

Â
Entry Filed under: AF5, Akademi Fantasia, Blogroll, Kursus Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Tutorial Perniagaan Internet





























3 Comments Add your own
1. ktom | April 20th, 2007 at 4:10 pm
Ooo…coffee cup ni pun boleh ya? Haiyaaaa…ini pun tak tau ke Ktom? Sebelum org cakap baik Ktom cakap dulu. hehehe.Tak tau ler dik. Baru je tahu nih…Tks untuk info ni Jebat..
2. Jebat Mesranet | April 20th, 2007 at 6:47 pm
Say lebih suka guna perisian ni sebenarnya Ktom. Just bawa fail yang nak dipindahkan guna mouse ke server tu. Simple
3. Ridin | May 7th, 2007 at 10:10 am
aduu..jebat, rupanya ko pun bukan di bidang komputer ahh.. tapi ko ni cepat belajar la.. memang ko boleh tahan la.
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed