Email Marketing - Anda Perlu Fokus!!
June 17th, 2007
Saya mencuri sedikit masa saya untuk post kali ini. Ini adalah disebabkan satu projek kumpulan saya, ditempat kerja (Infineon Technology sdn.Bhd.) telah berjaya mewakili ke Southern Region (NPC - ICC) di Persada Johor , JB yang di jadualkan pada 5 - 6/7/2007 bulan depan (tarikh terbaru, kerana sebelum ini di jadualkan di Melaka setelah ditunda).
Untuk projek ini kumpulan akan menyiapkan lebih kurang 180 slide powerpoint dan menyiapkan 4 orang speaker yang akan membentangkan projek tersebut. Salah seorang speaker tersebut adalah saya
. Kini tengah berhempas pulas untuk menghafal skrip untuk pembentangan projek tersebut. Kepada anda yang ada di sekitar JB boleh la datang beramai-ramai untuk melihat konvensyen ini dan boleh lihat saya sekali he..he..
Baiklah, untuk post kali ini adalah berkenaan dengan email marketing. Saya begitu teruja sekali ingin memberi tahu anda. Ini adalah kerana saya telah melihat beberapa kejayaan yang dirai oleh IM Malaysia dan dari luar berkenaan dengan teknik email marketing ini.
Apa yang saya ingin beritahu anda, rasanya anda telah sedia maklum. Namun saya mahu memberikan anda fokus kembali tentang pentingnya email marketing ini. Untuk anda yang ingin berjaya dalam perniagaan internet, tidak boleh tidak.. “ANDA MESTI FOKUSKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAIL DARI BAKAL PELANGGAN ANDA”. Teknik inilah yang dinamakan email marketing.
Saya ingin bercerita kepada anda, kerana saya telah laluinya. Saya kini adalah admin affiliate untuk belajarcpanel.com . Anda yang nak join digalakkan join
. Sebagai admin dalam affiliate saya boleh melihat semua hasil jualan dari agen saya. Bukan sesuatu yang ajaib jika IM Malaysia yang banyak menghasilkan pendapatan dari program affiliate ini. Kerana satu yang saya perhatikan mereka mempunyai mail list yang begitu banyak.
Anda bayangkan jika anda mempunyai 100 alamat email bakal pembeli. Melalui 100 orang tersebut hanya 1 orang yang membeli. Jika anda ada 1000 anda akan dapat 10 orang pembeli. Jika 5000 anda akan dapat 50 orang pembeli. Anda bayangkan jika satu program affiliate untuk satu jualan anda mendapat komisen RM10. Jadi anda telah pun mendapat untung RM500
. Banyak tu…
Itu jika satu program affiliate. JIka anda join 5 program, atau 10 program.. Berapa banyak keuntungan yang anda perolehi? Anda kira sendiri laaa.. Wah banyak tu!!!
Jadi apa anda tunggu lagi!!. Pelajari teknik email marketing ini. Dalam post saya yang akan datang, saya mahu tumpukan pada teknik email marketing ini, khas untuk anda.. pembaca setia blog saya
. Terima kasih, tanpa anda blog ini satu sen tak bererti!!

P.S: Tahukah anda pada Mei 2006, semasa mengikuti kursus Dr.Irfan Khairi, beliau ada memberitahu yang beliau mempunyai mail list sebanyak 16,000. Itu tahun 2006. La ni rasanya berapa banyak ya!! kalau dapat JV, kayoo den he..he..
Entry Filed under: Berita Harian, Blogroll, Cara Promosi, Email Marketing, Tips Perniagaan, Tutorial Perniagaan Internet, cari duit





























1 Comment Add your own
1. am | June 25th, 2007 at 8:42 pm
kebiasaannya penggunaan mailing list ni kadar yang akan membeli biasanya cuma 2% sahaja… tapi kadang kala kalau tawaran tu hot boleh capai 5%… itu kata pakar la… sebab itu kalau affiliate yang guna list opt in biasanya akan hantar email keakaun kita setiap hari… makin lama makin banyak lah percentage yang dapat… itu base jumlah penghantaranlah… kalau kempen tentang satu site tu dihantar 5 kali maka boleh capai sampai 10%…
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed