Teknik-Teknik Email Marketing
June 26th, 2007
Apa khabar semua? Lamanya saya tidak menulis post untuk blog saya. Bukan kerana ingin meninggalkan perniagaan internet ini, tetapi ada satu projek yang memerlukan saya memberi perhatian lebih. Namun setelah teringatkan anda pembaca setia blog ini, saya terpanggil untuk menulis post dengan update terkini :-). Senang cerita, saya rindu dengan anda he..he..
Tahukah anda ada banyak teknik-teknik untuk email marketing ini? Salah satu teknik adalah yang digunakan oleh En.Aku dalam pra pelancaran produk terbaru beliau. En.Aku menggunakan Wangcyber forum untuk mendapatkan mail list dengan membuat pertandingan yang akan menarik orang ramai untuk daftar dan secara tidak langsung akan menarik traffic pada laman web jualan beliau.
Hafiz Latif a.k.a Bitol melalui internetmuda.com dalam masa 5 hari mendapat 3000 mail list kalau tidak silap saya, iaitu dengan memberikan ‘10 email tentang kesilapan usahawan internet‘ yang popular. Teknik ini telah berjaya menarik ramai orang untuk subcribe disamping ada membuat satu pertandingan juga untuk affiliate yang berjaya menarik ramai traffic ke laman web internetmuda.com ini.
Lihat kekuatan yang anda boleh hasilkan jika teknik email marketing yang anda gunakan betul dan kena pada caranya, disamping dapat menarik perhatian orang yang melawat laman web anda. Namun suka saya ingin memberitahu beberapa teknik asas email marketing yang perlu ada pada laman web anda!.. bukan hari ini tapi post yang akan datang
.
Saya juga dalam rangka menyiapkan satu projek untuk email marketing ini. Jika ikutkan perancangan awal adalah pada bulan ini, Namun oleh kerana ada projek penting kini, saya terpaksa tangguh projek email marketing ini. Selepas itu saya akan kongsikan kepada anda hasil dari projek email marketing saya itu berapa banyak mail list yang dapat saya kumpul. Itu pun jika ianya mencecah angka ribu
.

Â
Entry Filed under: Blogroll, Cara Promosi, Email Marketing, Motivasi Perniagaan, Panduan Perniagaan





























Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed