Pertambahan Minat Terhadap Google Adsense
August 29th, 2007
Daripada pengamatan saya, kini telah ramai orang yang menceburi perniagaan internet ini berminat untuk mempelajari teknik atau kaedah menjana pendapatan dari google adsense. Ini mungkin disebabkan earning adsense yang dipaparkan pada laman web si penjual yang menarik minat si pembeli iaitu ANDA!!.

Apa tidaknya jika earning adsense yang dipaparkan menunjukkan anda boleh menjana pendapatan USD100 sehari tanpa perlu bekerja keras, dari rumah secara automatik sepenuhnya
.Jika anda tertarik dengan kenyataan seperti ini.. sah lah anda manusia normal. Sebab saya juga tertarik he..he.. Tahniah jugalah!! sebab anda ada hati untuk mendapatkan pendapatan sampingan selain kerja rutin anda.

* Bilalah saya nak dapat earning adsense macam ni!!! he..he..
Namun satu hakikat tentang google adsense yang perlu anda ketahui ialah.. Sedia ke nak dengar?
. Dengan membeli panduan atau ebook tersebut, belum tentu anda mampu menjana pendapatan seperti mereka yang telah berjaya lakukan. Kenapa? Ini bukan untuk melemahkan semangat berkobar anda. Baca seterusnya..
Saya telah banyak membeli ebook panduan berkaitan dengan google adsense ini, Alhamdulilah kini saya telah banyak belajar teknik-teknik tentang menjana pendapatan melalui google adsense ini, dari teknik pemilihan profit keyword, pemilihan niche sehinggalah teknik menarik traffic. Kira kalau ilmu adsense 100%, saya telah menguasainya hampir 70%.
Namun kenapa pendapatan adsense earning saya hanya sekitar usd5 - usd10 sahaja sehari. Jauh tu dari sasaran usd100 sehari. Nak Tahu!!! OK.. Satu benda yang saya belajar tentang google adsense ini ialah anda sebenarnya memerlukan disiplin serta komitmen yang tinggi untuk berjaya. Logiklah bukan senang sebenarnya untuk berjaya.. bukan senang sebenarnya untuk jadi orang kaya
. Anda perlukan komitmen yang tinggi.
Untuk berjaya dalam google adsense ini sebenarnya anda memerlukan bukan satu dua blog atau laman web di internet tapi berpuluh malahan sampai mencecah ratusan. Jika anda mempunyai hanya 1 laman web dan hanya mendapat klik usd1 sehari bagaimana anda mendapat adsense earning yang tinggi. Jadi nak atau tidak anda kena bina sebanyak mungkin laman web atau blog.
Laman web serta blog itu pula bukan suka-suka buat tetapi memerlukan sedikit research tentang keyword, niche dan macam-macam lagi, supaya dengan sekali klik adsense earning anda sekitar usd0.50 ke atas. Bayangkan laman web anda sekali klik hanya mendapat sekitar usd0.03 sahaja. Jika anda bina 10 laman web anda baru mendapat usd0.30. Berbaloi ke? Anda ada komitmen untuk buat semua ini?
Itu belum masuk bab-bab promosi lagi.. sebab anda perlu mempromosi setiap masa laman web atau blog anda untuk mendapatkan klik dari pelawat. Dan banyak lagi.. bukan untuk menakutkan anda, tetapi inilah hakikat yang anda kena ketahui jika anda serius untuk menjana pendapatan lumayan dari program google adsense ini.Â
Jadi jika anda rasa anda cukup disiplin serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjana adsense ini.. teruskan.. Saya juga kini sedang cuba serius dengan google adsense ini, namun cara saya berbeza.. saya lakukan secara jangka masa panjang. Sebulan tambah satu atau dua blog.. setahun sudah 12 - 24 blog. Ada masa lapang buat promosi + guna berbayar untuk menarik traffic, Kalau kaedah ini saya buat dalam tempoh 5 tahun.. bayangkan berapa pendapatan adsense saya masa tu he..he..
Akhir sekali saya sertakan beberapa laman web menjual produk yang patut anda cuba. Saya akan beritahu kepada anda 2 produk yang bakal muncul berkenaan adsense ini sikit masa lagi. Rajin-rajinlah melawat blog ini sentiasa yer
.
2) Formula F2R

P.S: Saya hanya melakukan sebagai pendapatan sampingan. Kerana saya lebih suka dengan menjual produk di internet.
Entry Filed under: Belajar Blog, Blogroll, Membuat Duit, Wang Online, adsense, google adsense





























9 Comments Add your own
1. zuhairy | August 30th, 2007 at 2:21 am
betul tu, apa2 pun kena usaha..google adsense pun bisnes jugak, bukan perlaburan duduk diam dapat duit,hehe
2. Jebat Mesranet | August 30th, 2007 at 9:55 am
Duduk diam dapat duit tu dah kira skim cepat kaya. Memang sorang yang akan kaya yang lelain join, boleh papa kedana di buatnya
. Zuhairy ada join program adsense ke? Adsense earning ok? Kalau sehari boleh dapat $1 pun kira ok. Pelan-pelan kayuh lelama mungkin boleh cecah USD100. Nie target gold saya USD100 sehari. Kini baru purata $7 sehari
.
3. Emio | September 5th, 2007 at 11:51 am
salam.
Hakikat yg tidak perlu dipertikaikan lagi. saya sendiri mencuba dan terus mencuba. mula2 dulu tidak tercapai dek akal bagaimana, mengapa, kenapa dan semua persoalan berkaitan adsense, bahawa org lain dpt byk. saya pula sejak mula.. kira ciput cam siput.. hahaha.. last2 baru tahu.. bukan 1, 2 atau 3.. malah kalau boleh mesti beribu2 lemon weblog atau yg sewaktu dgnnya perlu disediakan..
ya..saya setuju dgn artikel tuan.. disiplin perlu kuat.. itu yg tdk tahan .. hahaha.
selamat berjaya tuan.
4. benbaz | September 10th, 2007 at 10:45 pm
seronok dengar cite IM dapat duit dari perniagaan internet. saya ni tak tau la bila nak masuk ‘line’ ni. asyik dok browse laman web orang je…
5. Jebat Mesranet | September 11th, 2007 at 12:02 am
benbaz pelan-pelan kayuh, lelama nanti akan sampai destinasi juga. Tapi kayuh kena terus kayuh la jangan berhenti. Insyaallah suatu masa nanti benbaz akan sama seperti IM dan mungkin lebih dari itu. Yang penting kena buat dan jangan hanya tengok kejayaan orang lain jer
.
p.s: Ya Emio itu adalah salah satu teknik untuk berjaya dalam adsense nie. Tapi teknik yang lain jangan diabaikan juga
.
6. abdfatah | September 12th, 2007 at 5:49 pm
yeaa… amri kita teruskan perjuangan adsense ini dengan jayanya. dan saya belum boleh lagi join adsense sebab belum daftar lagi… miahahahahahaaaa…
7. KARKUN | September 19th, 2007 at 11:51 pm
KALO DAH DAFTAR ……. APA BUKTI YANG SAYA BOLEH PEGANG BAHAWA AWAK TAK TIPU? SAYA BEBALIK KENA. SAYA SUNGGUH2 NAK BELAJAR BAT PERNIAGAAN NI……..
8. KARKUN | September 19th, 2007 at 11:59 pm
AJAR SAYA BOLEH………… SAYA NAK GAK TAU PERNIAGAAN NI………..AJARLAH SAYA……….
9. armier | September 29th, 2007 at 10:12 am
blogwalking
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed