Cerita Suatu Petang-Berurusan Dengan Maybank Siri 2
September 23rd, 2007
Selepas selesai menguruskan cek dari 2checkout, saya terus ke tingkat atas untuk menguruskan duit syilling bukan dari hasil tabung saya. Namun secara tak sengaja terkumpul dalam laci bilik make-up seakan-akan office kat rumah saya.
Memang menjadi tabiat saya tiap kali lepas kerja atau keluar membeli belah atau apa-apa sahaja urusan, tiap kali balik rumah saya akan mencampakkan duit syilling yang ada dalam poket ke laci nan satu ni. Sebab saya tak suka letak syilling kat dalam poket dan bawa ke sana kemari. Kira ke semua sylling yang saya campak akan tebiar macam tu je.. Secara tak langsung seperti menabung juga la.
Oleh kerana syilling sudah terlalu banyak dan laci dah tak boleh nak tampung lagi
.. saya mengambil keputusan untuk bank-in kan dalam maybank saya. Berat ohhh…
Semasa proses mengira duit syilling tersebut menggunakan mesin, kat dalam kepala nie berfikir la jumlah syilling tersebut dan target memang antara RM200-RM300. Lepaslah malam nie nak berbuka puasa lauk best-best sikit.. ayam seekor golek madu panggang ha..ha..
Tahu berapa jumlah syilling tersebut? RM725.47 wow! banyaknya.. Tak sangka pula jumlah sebanyak tu. Target dalam RM200 ke RM300 sahaja. Alhamdulilah berkat secara tak sengaja menabung.
Tapi tahukah anda setiap 1000 biji sen yang dikira menggunakan mesin kat maybank anda akan di caj sebanyak RM10? Bank lain tak tahu la pula saya sama ada caj atau tidak. Duit syilling saya semua hampir 4000 biji. Jadi saya kena caj RM30. Tergamam sekejap.. he..he.. Nilai RM30 ni lepas beli ‘Ebook Panduan Ecover’ dari Saudara Sham raja adsense tu.
Pastu baru terfikir patut la hampir ke semua bank memberikan tabung kecil selepas kita membuka akaun bank masa kecil-kecil dulu. Mungkin salah satu sebabnya supaya nilai jumlah biji syilling tidak melebihi 1000 biji
.
Pengajaran dari kisah ini bukan berapa banyak biji syillig yang patut anda tabungkan :-) ,  tetapi menabunglah untuk simpanan bonus hari raya anda. Jap ni saya nak keluar beli baju raya he..he..

P.S: Dalam Perniagaan internet, Sedikit dari keuntungan anda harus simpan. Jangan habiskan kesemuanya. Ini penting untuk target perniagaan internet yang lebih besar. Saya kini dalam perancangan untuk membeli sebiji laptop. Namun saya target setelah keuntungan perniagaan internet cecah RM30,000
.
Entry Filed under: 2checkout, Blogroll, Sekadar Renungan, kisah dan tauladan





























4 Comments Add your own
1. Johari | September 25th, 2007 at 6:29 am
Tahniah,bro!
Hehe, saya pun ada tabiat mcm bro jugak tapi tak ler “campak” duit syiling dalam laci. Saya guna bekas Mister Potato tu buat jadik tabung ( saya mmg suka makan potato chips
). Asal ada syiling jer saya akan letak syiling dalam tu.
2. Jebat Mesranet | September 25th, 2007 at 12:24 pm
Agak-agak la kalo penuh tabung mister potato tu.. rasanya ada lebih kurang RM200 kot. Tapi pastikan bilangan biji syilling tak lebih 1000. Kang tak pasal-pasal kena caj RM10.. rugi ohh.. Leh beli topup tu
3. abdfatah | September 27th, 2007 at 2:45 pm
oh begitu rupanya… nampaknya ke buat buku tanda kehadiran duit syiling dalam tabung tersebut laa sebelum mencecah seribu bijik… seribu bijik syiling dan rm10…. duit raya woooooooooooooooo….
4. Jebat Mesranet | September 27th, 2007 at 5:34 pm
Buat buku.. rasanya boleh di praktikkan. Sekali masukkan syilling boleh tick.. sampai nilai 999 bijik leh hantar untuk bank-in kat bank. Tak pun nak lagi mudah tak yah kira.. hantar kat mana-mana kedai runcit. Diorang nie pun selalu cari duit syilling juga. Tapi yang leceh tu.. nak kena tunggu diorang habis kira
.
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed