Tak Perlu Takut! Tak Ada Teknik tersembunyi
October 9th, 2007
Hari ni genaplah puasa kita yang ke… Emm.. 20.. 21..23.. iskh! kurang pasti saya. Tak kisah la berapa hari kini anda berpuasa yang penting janganlah putus lagi hendaknya, harap-harap genap sebulan.
Ni saya nak tanya pada anda? Bukan teka-teki, tapi pertanyaan yang amat-amat mudah. Bukan berbentuk soalan ramalan SPM, tapi soalan yang mudah sahaja. Iskh!! nak hadiah ke? Soalan mudah jer.. kalau susah bolehlah janji bagi hadiah
.
Ok soalannya “Pernahkan anda memberikan nama serta alamat email anda untuk subcribe pada sesebuah laman web?” Kalau anda kaki internet atau berminat dengan perniagaan internet.. Saya pasti anda banyak pengalaman dan telah subcribe berpuluh-puluh laman web untuk mendapatkan ebook percuma mereka.
Gambar dibawah adalah contoh subcribe yang saya letakkan pada laman web ‘Belajar Cpanel‘. Jika anda berminat untuk mendapatkan preview ebook saya anda hanya perlu meletakkan nama serta email anda, kemudian satu link download akan diberikan pada anda.

Link download ebook akan diberikan pada alamat email yang anda letakkan pada ruangan kosong di atas tu. Setelah selesai mengisi nama serta alamat email, serta merta satu link akan dihantarkan ke email anda.
Kemudian anda perlu serta merta membuka email anda itu, untuk mendapatkan satu email pengesahan subcire anda. Contoh email seperti gambar di bawah ini..

Anda buka email itu, kemudian email ini yang paling penting, sama ada anda mahu menerima link download yang di janjikan atau tidak!. Lihat gambar dibawah ini:

Ia inilah penghujung segala proses subcribe anda. Apa yang perlu anda buat adalah klik link yang diberikan itu.. kemudian anda selesai! Tapi masalahnya.. Ada segelintir daripada anda yang takut serta was-was untuk klik link pengesahan tersebut. Tak tahulah arsal!!??
Ada juga kekadang email yang saya terima meminta kepastian, untuk apa link pengesahan tersebut.
-
Adakah untuk memerangkap Anda?
-
Adakah untuk memaksa anda membeli produk saya?
-
Adakah ada sesuatu yang tersirat, yang saya tak nampak dengan mata kasar atau terfikir dek akal?
-
dan seribu macam lagi pertanyaan..
Kerana saya ada banyak pengalaman mengenai pertanyaan sebegini. Satu yang saya nampak di sini adalah ketakutan.. kot-kot ada teknik tersembunyi yang digunakan oleh owner laman web perniagaan internet tersebut, yang akan membuatkan mereka menyesal tak sudah-sudah di kemudian hari.
Jawapan untuk pertanyaan serta kerisauan anda sebenarnya tidak berasas. Link tersebut bukanlah ada mempunyai apa-apa juga teknik black hat atau seumpamanya. Saya memerlukan anda klik link subcribe tersebut adalah untuk memastikan anda bersetuju saya menghantarkan email kepada anda.
Saya tahu anda tidak suka untuk saya menghantarkan email secara SPAM atau tidak beretika. Jadi salah satu caranya adalah dengan meminta kebenaran dari anda. Cara anda memberi kebenaran adalah dengan klik link seperti gambar diatas. Itu sahaja dan semuanya seleai.. Mudah bukan?
Jadi mulai hari ini, jangan takut untuk klik link pengesahan tersebut. Kerana saya jamin anda tidak akan rugi satu sen pun dengan hanya klik pada link pengesahan tersebut. Wasalam..

Entry Filed under: Belajar Cpanel, Berita Harian, Blogroll, Email Marketing, Memulakan Perniagaan Internet, Panduan Blog, Pertanyaan, Tutorial Perniagaan Internet





























Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed