Forum Support - Harap Membantu
January 14th, 2008
Berita baik untuk anda!!. Kini saya dalam rangka menyiapkan forum support untuk newbie seperti anda. Malangnya forum support ini tidak di buka untuk semua, tetapi hanya di buka kepada semua pembeli Ebook Panduan Asas Cpanel sahaja buat masa ini.
Kewujudan forum support kini saya rasa perlu memandangkan saya menerima banyak email setiap hari bertanyakan mengenai Cpanel. Menjadi masalah bagi saya kerana adakala email tersebut sama sahaja dan saya perlu menjawapnya 2 kali. Dan adakalanya soalan dari anda langsung saya tidak faham pun, maklumlah email adakalanya yang mengarang susah nak fahamkan mereka yang membacanya
.
Saya memohon maaf jika ada email pertanyaan yang saya tidak jawap secara tidak sengaja dan anda ternanti-nanti jawapnya. Ini tidak di sengajakan kerana adakalanya email anda tidak sampai atau terdelete dengan tidak sengaja bersama-sama beribu email spam yang sampai ke inbox email saya. Ini juga satu masalah jika menggunakan email sebagai support untuk anda. Namun telah ramai juga yang saya bantu menyelesaikan permasalahan Cpanel.
Jadi dengan kesungguhan untuk membantu anda saya kini akan menyiapkan forum support ini secepat mungkin, selain boleh berkenalan lebih rapat dengan anda, segala permasalah cpanel anda akan terjawap di sini. Namun minta maaf la kerana forum support ini tidak secantik manapun. Baru lagi.. tapi yang penting kewujudannya nanti dapat membantu anda insyaallah!.
Preview forum support khas untuk anda pembaca setia blog. Ok tak? Dalam masa terdekat ini ada email untuk anda login ke ruangan forum support ini. Tapi maafkan saya sekali lagi, kerana buat masa ini forum support hanya terbuka kepada pembeli Ebook Panduan Asas Cpanel Sahaja.

Baik saya undur diri dulu kerana banyak kerja yang harus saya siapkan. Jumpa lagi dan kepada pembeli ebook cpanel jangan lupa login email anda dalam masa terdekat ini
.

P.S: Berita projek ebook - Untuk pengetahuan anda kini saya telah menyiapkan 90% dari projek perniagaan internet ini. Insyaallah setelah siap 100%, saya akan menguji sistem terlebih dahulu sebelum umumkan kepada anda. Saya akan umumkan pelancaran rasmi melalui blog ini dan kepada semua email list saya. Untuk yang booking beli anda orang pertama menerima email tarikh sebenar pelancaran. Semoga dengan wujudnya projek ini dapat merancakkan industri perniagaan internet
. Untuk melihat projek ini anda boleh KLIK DISINI!!.
Entry Filed under: Perniagaan Internet, Produk Internet, Mentor, Projek Ebook, Belajar Cpanel, pengumuman, tutorial cpanel, Resell Rights































2 Comments Add your own
1. Syed Ikhwan | January 21st, 2008 at 7:14 am
punyai forum bermakna mempunyai great responsible!
Good Luck
2. Jebat Mesranet | January 21st, 2008 at 9:31 am
Tq Syed.. Kena ikut stail Syed juga, punya kredibiliti yang tinggi, baru orang akan lebih percaya dan yakin. Langkah pertama saya dengan wujudkan forum ni
.
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed