Projek Akan Dilancarkan Isnin Ini.
January 17th, 2008
Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua,Anda masih tertanya-tanya bila projek reseller saya akan di lancarkan? Berita baik untuk anda kerana saya akan melancarkan projek ini pada hari isnin 21/01/2008. Namun masa pelancaran isnin itu, saya tidak dapat pastikan. Mungkin dalam sehari dua ini saya boleh beritahu anda , yang pasti sebelah pagi. Jadi jangan lupa temu janji saya bersama anda
.
Kini saya terlalu sibuk dan sudah seminggu lewat tidur sehingga 3 pagi menyiapkan semua keperluan untuk projek ini. Sebab itu saya agak menyepi sikit sejak kebelakangan ini. Nak fokus sepenuhnya pada projek ini. Awek pun dah merajuk sebab saya tak layan ni he..he..
Saya harap pelancaran projek ini berjaya sepenuhnya.. amin. Saya akan bercuti pada hari isnin tersebut untuk memastikan pelancaran projek reseller ini berjaya sepenuhnya tanpa ada apa-apa masalah teknikal. Cuti sehari sahaja, selasa dah kena kerja balik. Jadi pada sesiapa yang membeli pada hari isnin mungkin boleh dapatkan produk ini cepat dan terus boleh mulakan menjual. Namun pada anda yang membeli selepas hari isnin, saya akan cuba memberi produk itu kurang dari tempoh 12 jam.
Kepada anda yang telah book untuk beli, saya akan menghubungi anda dalam masa terdekat ini. Kepada anda yang berminat untuk booking, klik pada link di bawah ini, istimewanya kerana anda telah saya simpankan satu unit produk reseller ini
.
http://belajarcpanel.com/DaftarRR/daftarRR.htm
Namun anda juga boleh melihat laman web utama pada hari isnin ini untuk tawaran menjadi reseller produk saya. Yang ini saya tidak jamin, ada kekosongan lagi atau tidak. Rasanya ada lagi kot!. Jumlah unit ebook versi reseller yang tinggal adalah sebanyak 58 unit sahaja dari jumlah 100 unit yang di tawarkan.
Baik saya undur diri seketika, kerana banyak lagi kerja-kerja yang harus saya selesaikan. Jumpa anda isnin ini.

Entry Filed under: Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Produk Internet, Projek Ebook, Resell Rights, Pelancaran Projek































2 Comments Add your own
1. Imo Imora | January 18th, 2008 at 6:35 pm
He2.. x sabar rasanya
.
2. Jebat Mesranet | January 18th, 2008 at 9:47 pm
Insyaallah hari isnin ni saya launch.. Nanti saya bagitahu melalui email kalau dah siap untuk jualan yer
. Tq sebab support.
p/s: Lama tak dengar cite Imo?
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed