Resell Rights Ebook Cpanel - Jual Beli Terus Berlangsung
January 22nd, 2008
Selamat pagi semua
,
Maafkan saya sebab tidak memberikan perkhabaran projek resell rights yang berlangsung semalam. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar semalam dan di kesan hanya mempunyai satu kesilapan kecil iaitu satu paparan imej tertinggal. Namun atas maklumat seorang pembeli, kesilapan itu telah saya betulkan. Terima kasih Rawaida.
Sehingga kini jual beli terus berlangsung. Bermula dengan pelancaran semalam pada pukul 9.00 pagi, agak senyap seketika mungkin sebab orang tengah kerja dimana sehingga pukul 10.30 pagi hanya seorang sahaja yang membeli.
Namun tepat pukul 1.00 tghr, order menderu-deru masuk, mungkin di sebabkan masa rehat jadi orang mengambil masa rehat ini untuk bank-in kan duit mereka
.Setakat ini telah berlaku jualan sebanyak 18 unit dari 44 yang telah booking. Jadi saya rumuskan kini, tetap masih ada 56 lagi kekosongan yang perlu di isikan. Saya pasti anda yang menempah akan melakukan belian. Namun belum ada masa untuk mengadap komputer atau nak tunggu gaji masuk hujung bulan ini
. Tidak mengapa saya akan terus simpan unit yang anda tempah.
Setakat ini saya tidak dapat pastikan adakah semua pembeli semalam dari senarai yang membuat tempahan. Nanti saya cek balik ye, untuk memastikan mereka yang tempah awal tidak terlepas peluang ini. Saya simpan satu untuk anda!!
.
Letih juga melayan pembelian semalam. Namun amat berbaloi dengan penat lelah selama ini. Sampai pukul 11.00 malam tadi masih ada tempahan masuk dan semuanya telah saya berikan produk pakej resell rights tersebut. Anda sebenarnya sudah boleh membuat jualan serta merta.
Namun nasihat saya, jangan terlalu gopoh untuk membuat jualan. Pastikan semua yang saya bekalkan telah di edit dan berfungsi sepenuhnya. Berita baiknya saya telah pasangkan semuanya pada laman web. Anda hanya perlu melakukan sedikit konfigurasi sahaja.
Bab penting adalah page untuk pembayaran, pastikan dapat berfungsi. Pastu atur strategi dan teknik promosi yang berkesan. Insayaallah ada rezeki untuk semua dalam perniagaan internet ini. Boleh masuk ruangan forum untuk berbincang teknik dan cara promosi.
Baik itu sahaja. Ada kerja sikit perlu saya habiskan. Emm.. ada satu order masuk lagi. Jadi jumlah unit yang sudah jual sebanyak 19 unit.

P.S: Ucapan terima kasih untuk Labanon kerana sudi JV dengan saya. Semua pembeli ebook saya akan mendapat kupon diskaun RM5 untuk produk 101 tips adsense terbongkar. Untuk melihat anda KLIK DISINI!
Entry Filed under: Perniagaan Internet, Panduan Perniagaan, Memulakan Perniagaan Internet, Produk Internet, Pelaburan Internet, Projek Ebook, Belajar Cpanel, Peluang Perniagaan, Resell Rights, Pelancaran Projek































2 Comments Add your own
1. Wan | January 22nd, 2008 at 11:10 am
syabas dan tahniah! ada keliru sikit ni..mcm page pembayaran dan order pada salesletter tu maksudnya bila kita dah edit tak kisahlah kita nak letak folder mana2 pun? maksudnya katakan saya nak letak kat folder abc.com/cpanel ke abc.com/internet/cpanel, form tersebut tetap akan berfungsi atau kalau folder sekian kena set mcm ni folder sekian set pulak mcm ni. maksud pertanyaan ni ialah letak kat folder mana2 pun tetap sampai info ke e-mail kita.. begitu ke Jebat.. maaflah mgnkin pertanyaan simple je tapi tak tau shortcut biasalah newbie
—–
Info Bola Terkini
2. Jebat Mesranet | January 23rd, 2008 at 2:35 am
Ya boleh di letakkan kat mana-mana folder sekali pun. Namun pastikan anda meletakkan bersama script yang dibekalkan bersama. Contoh page pembayaran harus diletakkan bersama file paymewp.php tu. Tapi pastikan anda telah edit ye php file tu. Pastu kalo folder berlainan dengan folder pertama harus di bawa sekali ke semua image, kalau tak nanti image tak boleh view sebab folder berlainan. Ok wan ye
p.s: Wan kalau ada persoalan lagi, tanya kat forum support ye. Tq atas kerjasama Wan
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed