Mana Hilang Duit RM1 Ni..

January 30th, 2008

Assalammualaikum dan salam semua,

Dah 4 hari tak update blog ini. Maaf kepada anda yang selalu berkunjung ke sini kerana tiada post-post baru sejak sabtu lepas kerana saya merehatkan diri disebabkan demam selsema melanda. Otot-otot badan semua lemah dan lesu. Jadi ambil keputusan untuk berehat seketika. Alhamdulilah hari ni kembali sihat sepenuhnya :-) .

Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Cerita ni saya dengar masa sekolah menengah dahulu. Pastu lama dah lupa, entah macam mana masa kursus hari tu cerita ni kembali dalam memori sebab penceramah mengutarakan kembali cerita ini. Cerita ini berbentuk teka-teki.. logik dan ada tersirat untuk difikirkan :-) .

Begini ceritanya..

Ada 3 orang sahabat minum kat warung kopi. Lepas minum mereka memanggil cashier untuk meminta bil. Semua sekali RM30 kata cashier tu. Mereka pun mengeluarkan RM10 masing-masing. Campur ketiga-tiga meraka maka genaplah RM30.

Oleh kerana mereka pelanggan tetap kat warung tu, maka dengan muka manis cashier tadi memberi diskaun dengan memulangkan semula RM5. Ketiga-tiga lelaki tadi membahagikan RM1 tiap mereka. Manakala baki RM2 disedekahkan kepada peminta sedekah yang ada kat warung tu.

Baik secara logik ke tiga-tiga lelaki tadi hanya membayar RM9 sahaja. Manakala RM2 telah disedekahkan.

RM9 x 3 = RM27

RM27 + RM2 = RM29

Soalannya mana hilang lagi RM1.00 tu? ha..ha.. Jawap jangan tak jawap!!. Masa sekolah menengah dapat soalan ni, 3 hari 3 malam tak dapat tidur nak cari jawapannya. Pastu lupa macam tu je.. Last hari tu soalan ini ke udara lagi. Rata-rata yang ada kat situ mengerutkan dahi mencari jawapannya. Hanya saya seorang yang tersenyum, sebab saya tahu benda ini memang logik, namun jawapan untuk soalan ini memang tak perlu nak fikirkan pun.. sebab memang tiada jawapan :-) .

Pengajaran dari cerita ini, bukan semua perkara perlu anda fikirkan. Jika benda tersebut sukar untuk difikirkan, apa kata anda lupakan sahaja. Tidak perlu pening-pening kepala memikirkanya. Begitu juga dalam perniagaan internet, terutama newbie yang memikirkan terlalu banyak benda teknikal dalam perniagaan internet. Yang adakalanya tidak digunakan pun oleh IM. Daripada anda sibuk memikirkan benda-benda itu semua, apa kata anda fokus terhadap projek anda sahaja, yang kelak akan menghasilkan pendapatan untuk anda.. insyaallah.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Perniagaan Internet, Motivasi Perniagaan, Tips Perniagaan, Memulakan Perniagaan Internet, Sekadar Renungan, kisah dan tauladan, Sehari Sebuah Buku

4 Comments Add your own

  • 1. ijamidayu  |  January 31st, 2008 at 7:52 am

    baru nak jawab soalan perah otak awak jebat.. :) huhuhu… apa pun thanks for thats tips.. ia sangat membantu.. kadang2 kita ni selalu sangat memikirkan perkara yang pelik2.. sehinggakan perkara yang tidak termasuk lagi dalam projek kita pun kita pikirkan jugak.. :) apa pun teruskan memberi idea2 anda utk kami

  • 2. Jebat Mesranet  |  January 31st, 2008 at 8:47 am

    Betul tu ijam, dah jadi kebiasaan kita memikirkan benda-benda yang tak begitu penting dan menjejaskan perkara penting yang sepatutnya kita lakukan dahulu. Sebab tu perkara yang tak penting tolak tepi je la.. tak yah susah-susah buang masa nak fikir. Betul tak? :-)

    Tq untuk komen ijam ni ye..

  • 3. Ezy  |  February 6th, 2008 at 7:48 am

    Assalammualaikum,

    Sememnagnya takleh dapat jawapan, baru-baru nie ade member bagi soalan nie. Apa saja nombor ganjil kita tukar ke RM3, RM5 ke sememangnya kita tak akan dapat jawpannye..

    TQ…
    Wasslam..

  • 4. Jebat Mesranet  |  February 7th, 2008 at 8:53 pm

    Waalikumsalam Ezy,

    Apa sahaja nombor ganjil, kita tak akan dapat jawapan? Emm.. mungkin kot.. nanti saya siasat.. Rasa2nya memang ia pun :-)

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed




Agen Diperlukan!!

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Jana 5 Angka
Dengan Produk Ini!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Most Recent Posts