Boleh Caya Ke Produk Ini? Ebay & Wang Sekelip Mata

February 14th, 2008

Sejak seminggu lepas saya dihujani pelbagai pertanyaan mengenai produk terbaru di internet. Pada awalnya saya buat tak layan je he..he.. tapi dah ramai sangat yang bertanya tentang produk ini, jadi saya ambil keputusan untuk menjawap pada blog ini. Sebab saya tak larat nak jawap satu persatu email anda :-) .

Produk apa tu? Tiadalah rahsia sangat, sebab saya percaya anda juga ada menerima email berkenaan produk terbaru perniagaan internet ini dari mereka yang tidak diundang. Tak baik buat spam ni adik hoi!!.. Lagipun melanggar syarat agen affiliate tu. Baik.. produk yang saya maksudkan ialah ‘Ebook Duit Sekelip Mata’.

Ebook Duit Sekelip Mata

Oooohhh!!! Produk ni! :-) .. Ya! produk ini. Boleh caya ke ebook membuat duit dengan sekelip mata ni?. Nak beli rasa was-was la juga, ye la mudah sangat ke nak buat duit ni? Saya takut terkena lagi la, hari tu beli ebook buat duit juga pastu dia suruh promosikan affiliate dan dapat duit. Saya tanya abang sebab abang dah lama dalam perniagaan internet ni. Ni produk duduk diam-diam dapat duit ke? Naper dia nak bagitahu orang kalau betul produk tu boleh buat duit.. dan seribu satu macam pertanyaan lagi. Pening nak jawap ni.. sebab ebook tu bukan saya yang tuliskan :-) .

Jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa tok bomoh bertanyakan berkenaan dengan produk ini he..he.. gurau je la. Sebagai tidak menghampakan, saya cuba menjawap pertanyaan anda kerana risau anda tidak lena tidur terkenangkan produk ini. Nak jawap saya kena tahu isi kandungan ebook ini terlebih dahulu, oleh itu semalam saya beli sendiri ebook ini dan hari ini saya melihat akaun paypal saya. Wahh!! hebat ebook ini… 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

duit belum masuk lagi ni he..he.. marah ni!! :-)

Baik secara jujur produk ini adalah penerangan langkah demi langkah berkenaan ebay dan bagaimana dengan ebay anda boleh menjana pendapatan. Saya suka dengan produk ini kerana memberi saya input berkenaan cara jualan di ebay dengan satu niche tertentu. Ia bermanfaat jika sekiranya anda belum didedahkan dengan jual beli di ebay. Kepada anda yang sudah pakar mengenai ebay, rasanya produk ini tidak banyak membantu.

Namun adakah ebook ini boleh menghasilkan wang sekelip mata dan setiap saat :-) . Jawapannya boleh tapi anda kena bekerja keras juga la. Kalau tak kerja keras memang tak boleh dapat walau sesen pun. Saya tak buat apa lagi.. sebab tu akaun paypal pagi tadi kosong je he..he..

Sebab kat sini masih ada urusan jual dan beli. Namun teknik yang digunakan rasanya berkesan tapi kena buat sedikit kajian produk yang ada permintaan tinggi. Yang baiknya produk ini adalah penerangan langkah demi langkah dan anda akan dapat lihat proses jualan sebenar di ebay. Apa yang perlu anda buat adalah menyemak sahaja akaun paypal duit sudah masuk atau belum. Tapi ingat! anda buat baru dapat duit, tak buat duit tak dapat la.

Rumusannya produk ini adalah asas penjualan sebenar di ebay dengan sesuatu niche jualan yang rasanya berkesan juga la untuk mendapatkan hasil atau RM1 pertama akaun paypal anda. Saya ulangi produk ini hanya sesuai untuk anda yang belum mempunyai asas jual beli di ebay. Untuk melihat bentuk produk ini

http://mesrainternet.com/belajarebay

Saya juga ada membeli satu lagi ebook berkenaan ebay untuk membandingkan kedua-dua produk ini. Post ini sudah terlalu panjang, jadi saya akan ceritakan berkenaan ebook yang satu lagi di lain post. Harap mambantu ;-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Belian Online, Blogroll, Buku online, Ebook Percuma, Membuat Duit, Panduan Membeli Ebook, Pelaburan Internet, Pertanyaan, Produk Internet, Sehari Sebuah Buku, Sekadar Renungan, Soal Jawap, cari duit, pengumuman

6 Comments Add your own

  • 1. ijamidayu  |  February 14th, 2008 at 2:32 pm

    makin bertamabh lagi produk ebook dimalaysia lagi erk jebat.. spam2 ni biasa la bagi yang nak kaut keuntungan.. tapikan tiada yang mudah la nak dapat duit kat dunia nie.. semua perlukan usaha.. :)

  • 2. Maizul  |  February 16th, 2008 at 4:14 pm

    Jebat mungkin boleh kongsi sedikit pandangan di forum WC mengenai produk ni di sini
    http://www.wangcyber.com/forum/program-jana-wang-online/5531-nak-tanya-sini-ada-siapa-yg-beli-ebook-duitsekelipmata-dgn-ebay.html

  • 3. Wan  |  February 17th, 2008 at 10:53 pm

    salam jebat! lama rasanye tak singgah kat sini.. seminggu dua ni sibukla sikit :) ni musim p/raya pula, tak check nama ke, namakan sampai hari mengundi check nama takde dlm senarai naye tu :)

  • 4. Jebat Mesranet  |  February 18th, 2008 at 6:42 pm

    Betul tu ijam, tiada benda mudah cari duit di internet. Semuanya pelukan usaha. Jika usaha lebih maka banyak la incomenya, jika kurang usaha maka kurang la incomenya :-) .

    Tq untuk inform thread tu Maizul. Oo kat WC ada buka thread mengenai produk ni. Nanti saya singgah ke sana.

    Amboi wan macam masuk bertanding pilihanraya jer. Saya kena mengundi jauh ni, hari tu masa daftar kat Sabah sana. La ni nyesal pulak daftar kat sana hari tu. Tengok la macam mana ;-) .

  • 5. komenebook.com  |  February 21st, 2008 at 1:16 pm

    (salam) saudara jebat…

    kalau saudara Jebat sendiri yang rekemenkan produk ni..nampaknya kenalah saya menghanguskan ;-) duit saya untuk membeli produk ni…

    namun, betul cakap saudara jebat dan ijamidayu, setuju sangat2…kena USAHA RAJIN2..baru dapat hasilnya…malah geng2 yang hasilkan produk untuk mengepow duit dengan cara tak betul pun kena usaha untuk promote…apatah lagi untuk produk yang bagus dan memberi manfaat…

    lastly, walaupun dah terlewat sangat, tahniah kerana menghasilkan produk Cpanel versi terkini dalam Bahasa Melayu…anda telah menumbang sesuatu yang bermanfaat pada komuniti internet Malaysia

  • 6. joharimj  |  May 6th, 2008 at 5:27 pm

    nak dapat panduan berguna bagaimana nak buat ebay? sila layari Http://panduanebay.com

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed



8 Modul Pakej Lengkap
Perniagaan Internet

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook


Jana Wang Dengan
Teknik Baru Adsense!

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Most Recent Posts