Aduh! Apa Dah Jadi.. Kenapa Banyak Sangat Email Spam Ni!
February 23rd, 2008
Selamat berhari minggu semua
. Hari ini tak pergi mana-mana ke? Jalan shopping ke.. tengok wayang ke.. main bowling ke.. ni la perkara yang saya suka lakukan dahulu setibanya hari minggu begini.. tu pun kalau tak kerja la. Namun selama melibatkan diri dalam perniagaan internet ini, jarang-jarang dah jalan rewang-rewang ni.. banyak masa di habiskan depan komputer
.
Spam oh spam!! anda tentunya membenci spam termasuk la diri saya juga amat-amat membenci spam. Sebab itu saya akan klik spam pada semua email yang tidak diundang masuk ke inbox saya tanpa balas kesian. Anda juga patut berbuat demikian, jangan segan-segan atau ragu-ragu.. Terima je email yang tidak diundang, kategorikan ke dalam spam. Tapi kena la hati-hati juga, kerana takut email saya pula yang anda klik spam ha..ha..
Kepada anda yang tidak tahu apa itu spam, saya akan terangkan secara ringkas pada anda.. Spam adalah sebarang email yang tidak di undang yang dihantar oleh sesiapa sahaja atau oleh anda sendiri, ke email seseorang tanpa kebenaran. Pastikan anda mendapatkan kebenaran dari owner email tersebut sebelum manghantarkan email kepada mereka. Ini cara terbaik supaya email anda tidak di kategorikan sebagai spam. Contoh email spam adalah seperti dibawah ini..

Salah satu inbox email saya menerima hampir 800 email spam setiap hari. Salah saya juga kerana mendedahkan email tersebut di internet, tetapi kini tidak lagi. Tahukah anda email yang terdedah di internet berupaya untuk di SPAM!!. Ya ini betul kerana kini terdapat satu perisian yang boleh menarik semua email yang terdedah di internet. Jadi, cara terbaik untuk mengelakkan spam adalah dengan tidak mendedahkan email anda di internet.
Salah satunya jangan sekali menulis direct alamat email anda pada sesuatu laman web atau blog anda. Ini banyak dilakukan oleh newbie tanpa mereka sedari. Inilah yang mengakibatkan banyak email spam masuk ke email inbox anda. Jika anda hendak menulis juga email pastikan pada laman web anda tulis begini
jebat_abdulkadir[@]yahoo.com
Ya letakkan simbol seperti ini [ ]. Atau anda boleh create atau cipta imej bergambar untuk email anda menggunakan photoshop. Jadi anda boleh menggunakan imej tersebut pada semua laman web atau blog anda.
Anda tidak percaya? Anda cuba anda pasti akan melihat kesannya serta merta. Namun jika ada juga email spam ini, seperti yang saya katakan tadi, kategorikan email tersebut dalam spam. Lagi satu, anda semak kembali ke semua laman web anda sama ada mendedahkan email anda ddi internet. Jika ada, pastikan anda mengikuti cara yang saya sarankan. Moga membantu!
P.S: Ada juga boleh melihat perbincangan pada forum WC, cara untuk mengelakkan email spam ini. Kerana banyak tips-tips yang dikongsikan di sini!.

Entry Filed under: Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Tool/Perisian, Pembinaan Laman Web, Sekadar Renungan, Email Marketing, Idea































5 Comments Add your own
1. bizmalaya | February 23rd, 2008 at 2:18 pm
memang tensen dengan spam ni..sebelum saya bergelar usahawan internet,,,tak banyak email spam..bila dah jadi usahawan internet…ermmmm makin banyak..sabor lerrr
2. Jebat Mesranet | February 23rd, 2008 at 10:18 pm
Salah satu sebab mungkin bizmalaya dah dikenali ramai kat internet. Jadi kalau bizmalaya join email yang ditawarkan oleh spamming ni, lagi banyak kot pendapatan diorang. Lagi satu sebab mungkin ada email yang terdedah kat mana-mana mengakibatkan spam banyak masuk kat inbox email.
Memang menyampah la kalau banyak sangat email spam kat inbox ni. Kekadang email penting terlepas pandang
.
3. biznezprepaid | February 25th, 2008 at 6:22 pm
Assalamualaikum…
Walaupun saya bukan ushawan Internet tetapi saya juga menerima email spam yang banyak menyatakan supaya menyertai macam-macam program…Tetapi saya terus je delete email mcm tu…takyah nak baca-baca…
Satu lagi cara yang boleh mengelakkan spam dari ‘disedut’ adalah meletakkan imej email anda seperti yang zulSmartusaha cakap kat salah satu forum..ehemmm….
4. komenebook.com | February 25th, 2008 at 10:36 pm
(salam) saudara jebat,
memang betul saudara, bizmalaya dan biznezprepaid, spam memang menyakitkan jiwa dan raga…..kadang2 spammers ni suker2 je nak test kesabaran kita.
cume, saya ni plek la skit, saya bukak jugak email2 kategori spammers ni, baca dan buat sikit analisa… at least, kita dapat tahu, apa motif spammers ni..boleh buat kategori. maksud saya, sekadar nak promote barang, usik mengusik atau betul2 nak mencuri data2 penting.
malah, saya sengaja dedahkan satu email dummy saya pada public. mak aih…berlambok-lambok email jenis spam ni masuk…sampai tak larat nak buang, malah, ada yang sengaja taruk something malware yang jahat…tapi, nasib baikla data peribadi kat situ tak ader..kui kui
terima kasih atas tips yang saudara jebat berikan. setakat yang dipraktikkan, cara ini berkesan. terima kasih kerana sudi berkongC tips ini…
5. Jebat Mesranet | February 27th, 2008 at 7:54 pm
Saya kalau tajuk menarik minat kekadang baca juga. Ni la sedikit kuasa tajuk yang boomm!! kekadang berkesan juga, tapi tidak bermakna anda boleh melakukan spam. Tapi jarang la.. yang lelain saya kategorikan spam je. Jadi kepada anda diluar sana yang suka sangat memberikan email-email spam ni, hati-hati ye he..he..
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed