Mudahnya Perniagaan Internet - Hanya Duduk Depan Komputer!

February 27th, 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Ada yang kata perniagaan internet ini mudah, Betul ke? Emmm.. mudah ke? Jika tanya pada saya, perniagaan internet ini tidak semudah yang difikirkan walaupun telah tahu caranya :-). Disamping itu ianya juga meletihkan. Jika anda yang baru hendak mula dalam perniagaan ini, memang melihat perniagaan internet ini amat-amat mudah, hanya duduk depan komputer dan duit masuk je.. Iskh!! kalau betul la semudah itu, rasanya setahun 40 buah ebook saya hasilkan dan jual :-).

Namun kenyataannya perniagaan internet sama seperti kerja offline anda. Bagaimana anda penat bekerja di luar sana, begitu juga la letihnya hendak menjalankan perniagaan internet ini. Bukan itu sahaja, dalam perniagaan internet ini, boleh dikatakan 100% menggunakan akal fikiran. Bayangkan anda duduk seharian depan komputer dan otak anda senantiasa ligat berjalan mencari idea.. letihhh… OOooo…

Masih tidak percaya? Saya boleh buktikan. Macam ni, anda cipta atau buat satu blog dengan niche atau kepakaran anda sendiri. Selepas itu anda maintain membuat post tiap-tiap hari selama sebulan.. Amacam ada berani? :-) Saya percaya dan yakin selepas sebulan anda akan rasa peritnya membuat post tanpa henti selama sebulan. Mungkin pada minggu pertama anda masih rasa mudah, namun masuk minggu kedua setelah idea dah habis tulis, masa itu anda akan rasa bagai nak pitam mencari idea untuk menulis. Masuk minggu ketiga.. post penulisan yang sepatutnya habis sejam pada minggu pertama kini dah mencecah 3 atau 4 jam. Masuk minggu ke empat makan sehari baru siap post.. masa itu baru anda tahu perit payahnya perniagaan internet ini.

Saya menghasilkan Ebook Panduan Asas Cpanel memakan masa hampir 1 bulan tanpa henti melakukan try & error dan juga penulisan. Setelah siap saya kena hasilkan pula salesletter. Saya juga kena memastikan semua sistem berjalan lancar sebelum tarikh pelancaran. Pendek kata saya bertungkus lumus selama hampir 45 hari sebelum projek ini dilancarkan sepenuhnya. Dalam tempoh itu, kekadang saya terlupa makan minum, masa tidur tidak menentu dan kebiasaan tidur hanya beberapa jam sahaja. Pendek kata saya begitu letih dan selepas hari pelancaran saya mencuri masa sehari untuk merehatkan diri sepenuhnya.

Jadi jika anda menganggap perniagaan internet mudah dan tidak meletihkan, semudah duduk depan komputer sambil minum-minum atau tersengeh-sengeh.. anda silap, sebab apa-apa juga pekerjaan tentunya meletihkan dan memerlukan sedikit komitmen atau usaha untuk berjaya, begitu juga dengan perniagaan internet ini. Jadi jika anda ingin serius menceburinya anda perlu siap sedia dari segi mental dan fizikal juga, bagi memastikan anda tidak berhenti sekerat jalan.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Blogroll, Kursus Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Motivasi Perniagaan, Sekadar Renungan, Tips Perniagaan, Tutorial Perniagaan Internet

6 Comments Add your own

  • 1. bizmalaya  |  February 28th, 2008 at 12:34 am

    betul kata u..memang meletihkan…..kadang-kadang terpaksa mencuri masa untuk lakukan perkara lain

  • 2. Jebat Mesranet  |  February 28th, 2008 at 2:19 am

    Ada masa tu nak buat kerja lain pun tak sempat. Namun ada baiknya juga, sebab kalau dulu selalu masa free begini di habiskan dengan ronda-ronda, kini masa itu lebih berharga. Hanya sesekali je ronda-ronda kalau betu-betul free :-) . Duit dapat jimat ni he..he..

  • 3. beduz  |  February 29th, 2008 at 12:43 am

    memang nak cari duit susah. sebab tu orang kata duit x datang melayan..ingat lagi masa kecik2 jual ais krim,sehari kalo dapat 0.50 da kira nikmat..

  • 4. Jebat Mesranet  |  February 29th, 2008 at 5:50 am

    Beduz ada ciri-ciri seorang usahawan, dari kecik dah didedahkan dengan perniagaan. Jual aiskrim.. teringat masa zaman sekolah, masa itu darjah 5, emak suruh jual aiskrim, malu punya pasal, tong aiskrim buat-buat tertinggal dalam bas sekolah he..he.. Yup!! saya ini memang pemalu masa zaman sekolah. Kalau masa tu dah ada perniagaan internet, alamat saya jual aiskrim gunakan internet jer kalau boleh :-) .

  • 5. ijamidayu  |  February 29th, 2008 at 2:55 pm

    maemang betul jebat.. kalo senang dah ramai jadi jutawan.. hahahah

  • 6. lookinvest  |  March 19th, 2008 at 2:24 pm

    Memang benar…saya pun seorang bewbiz dlm hal ini.
    Saya dah mula mengumpul dan cuba praktikan semua produk hampir 70percent dlm pasaran .Tiap-tiap malam duduk depan PC 4-5 jam masih belum dapat memahami dan men’apply’kan semua ebook-ebook yang saya dah beli…Fuuuu..letih…tak lah macam mudah seperti yg disangkakan.

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed



8 Modul Pakej Lengkap
Perniagaan Internet

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook


Jana Wang Dengan
Teknik Baru Adsense!

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Most Recent Posts