Perlukah Ikut Kursus?
February 29th, 2008
Sejak akhir-akhir ini ramai newbie yang bertanya sama ada perlu ikut kursus atau tidak untuk berjaya dalam perniagaan internet ini? Si polan tak pernah ikut kursus tapi berjaya juga. Ada juga newbie kata tidak mampu kerana kursus mahal, jadi nak belajar dari ebook je. Ada juga yang mengatakan boleh membina blog hanya berdasarkan ebook, jadi rasanya boleh kot tanpa mengikuti kursus untuk belajar tentang perniagaan internet ini.
Bukan anda sahaja, saya juga pernah mengalami situasi sama seperti ini, sama ada mahu atau tidak mengikuti kursus perniagaan internet anjuran Dr.Irfan, satu-satunya kursus perniagaan internet yang ada ketika itu. Berat juga untuk membuat keputusan kerana pada masa itu amat kurang didedahkan dengan perniagaan internet. Ditambah lagi dengan pandangan negatif kawan-kawan yang mengatakan ini semua skim cepat kaya dan tipu belaka. Saat-saat buntu mencari jawapan, saya bertekad untuk pergi sahaja kursus tersebut, kerana telah beberapa bulan belajar mengenai perniagaan internet melalui buku dan ebook, namun saya masih belum dapat melihat corak ebiz ini dan bagaimana untuk bermula. satu-satunya yang ada pada akal fikiran saya ketika itu:
” Kalau saya tidak pergi kursus saya macam ni juga dan duit tetap habis, manakala kalau ikut kursus duit akan habis juga namun sedikit sebanyak dapat ilmu dan jika kena pada cara mungkin boleh berjaya ”
Alhamdulilah kini telah hampir 3 tahun berlalu kursus tersebut, sedikit sebanyak saya mula dikenali ramai di arena perniagaan internet ini. Nak kata berjaya sangat tu tak la, tapi dah boleh mengajar ilmu perniagaan internet ini kepada sesiapa yang memerlukan.
Soalnya perlukah ikut kursus? Terserah pada anda.. namun jika soalan ini ditanya pada saya.. saya akan mengatakan perlu ikut kursus jika anda benar-benar serius dalam perniagaan internet atau sesuatu perkara. Satu lagi kursus selain dari perniagaan internet yang saya sertai ialah kursus kuasa forex anjuran En.Nasir.
Yup!! saya mengakui meminati forex dan akan serius belajar mengenainya. Saya baru lepas fasa pertama kursus dan dalam masa terdekat akan mengikuti fasa kedua kursus pemantapan sebelum memulakan trade pertama secara live. Saya tidak berani untuk melakukan live forex sebelum benar-benar belajar atau mengetahui sepenuhnya mengenai forex ini.
Terus terang saya katakan, forex anda tidak boleh pelajari hanya melalui buku atau ebook semata-mata. Secara asas mungkin ia, namun jika sampai peringkat advance anda memerlukan seorang mentor yang mempunyai pengalaman luas mengenai forex. Caranya adalah melalui kursus. sebab itu saya lebih suka memulakan sesuatu dengan mengikuti kursus, kerana melalui kursus sebenarnya anda melantik seorang mentor atau guru untuk membimbing anda.

Entry Filed under: Perniagaan Internet, Motivasi Perniagaan, Panduan Perniagaan, Kursus Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Tutorial Perniagaan Internet, Mentor, Dr. Irfan Khairi, Kuasa Forex, Forex































5 Comments Add your own
1. bizmalaya | March 1st, 2008 at 11:19 pm
contoh yang padat..memang forex ni boleh dikatakan susah..i cuba cebur kan diri tapi tidak berjaya,,almaklum ler belajar sendiri…so keputusannya kena pergi kursus untuk pstikan anda tidak sesat jalan
2. Jebat Mesranet | March 2nd, 2008 at 3:56 pm
Betul bizmalaya forex amat-amat susah. Kalau senang ramai dah jadi jutawan dengan forex
. Sebab tu perlu ada bimbingan dari mereka yang telah berjaya. Anggap je duit bayaran bimbingan tersebut sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Bukan sahaja forex, seperti yang saya kata, saya suka memulakan sesuatu dengan ilmu dan adanya bimbingan dari mereka yang telah berjaya. Senanag kata tiru cara mereka, insyaallah kita akan jadi seperti mereka
.
3. ijamidayu | March 3rd, 2008 at 8:33 am
pada saya jebat.. try in error adalah guru paling terhebat.. untuk permainan forex pula.. kalo kita takut hendak melangkah kita tidak akan kemana..
pasal forex nie kita perlu bijak menilai sesuatu market mana serta apa yang perlu kita lakukan.. pandangan saya, saudara jebat boleh try study kat babypips.com.. nah dari tadika sampai lulus degree..
4. Jebat Mesranet | March 3rd, 2008 at 9:26 am
Try n error memang ok, tapi semakin lama kita berjalan nanti akan hang-up juga setelah tiba ke satu peringkat. Jadi yang terbaik jika ada seseorang yang boleh guide line.
Forex memang banyak laman web yang boleh support untuk belajar, antaranya nogold forum, carigold forum dan yang macam ijam sebutkan tadi dan seribu macam lagi. Namun saya lebih suka cara kuasaforex kerana simple n dah terbuktikan dia berjaya. Jadi saya tak nak susah-susah mencari sesuatu yang terlalu kompleks dan belum terbukti kejayaannya. Hanya nak tiru je dari beliau
. Itu cara saya, hanya perlu tiru dari mereka yang berjaya, insyaallah jika kena cara boleh jadi seperti mereka.
5. Jebat Mesranet | March 3rd, 2008 at 9:28 am
Ops!! terlupa, bukan takut untuk melangkah
, cuma seperti nak ke medan perang, kena siap dari serba serbi.. tak nak main tangkap muat je.. kang kena tembak ha..ha..
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed