• Utama
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Panduan memulakan Perniagaan Internet untuk mencari maklumat serta teknik-teknik membuat duit, cari duit, cara promosi dan macam-macam lagi!

    Perniagaan Internet – Tutorial Menyembunyikan Folder Penting Anda

    Assalammualikum & salam sejahtera semua..

    Salam bertemu kembali, anda apa khabar sihat? Lama tak menulis pada blog ini, kerana memberi laluan kepada mood anda dan pilihanraya. Apa pun keputusan pilihanraya tak begitu penting lagi kerana semuanya telah berlalu. Apa yang penting kini bagaimana untuk kita sama-sama bersatu kembali setelah hampir sebulan bertegang urat menegakkan parti masing-masing. Jangan pasal pilihanraya anda melupakan kawan disebelah anda. Ingat segala susah payah anda.. kawan sebelah itu yang banyak membantu he..he.. 

    Ok untuk menyegarkan kembali mood anda, saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan. Ianya percuma dan berbentuk tutorial iaitu bagaimana untuk menyembunyikan folder penting pada desktop komputer anda. Folder adalah terlalu penting penggunaannya dalam perniagaan internet. Bayangkan semua folder penting anda letakkan pada satu folder, kalau orang ceroboh boleh pitam juga dibuatnya :-) .

    Teknik ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan duduk di rumah sewa. Kenapa? Sebab kekadang komputer kita mereka gunakan tanpa kebenaran dan mengusik beberapa folder penting kita. Betul tak? Jadi cara selamat ialah dengan menyembunyikan folder penting anda. Baik mari kita mulakan!!

    1) Anda create satu folder pada desktop, Contoh folder adalah seperti ”file projek” ini.

    Folder File Projek 

    2) Rename folder tersebut dengan cara right click pada mouse dan pilih rename.

    Cara sembunyikan folder

    3) Pada keyboard komputer anda tekan butang “Alt” jangan lepaskan, kemudian tekan nombor “0160″. Ingat pastikan anda menekan nombor disebelah kanan keyboard dan bukan pada sebelah atas keyboard.

    Cara sembunyi Folder

    4) Jika berjaya paparan seperti dibawah akan kelihatan. Tahniah anda berjaya menyembunyikan nama fail penting anda. Kini tiba masa untuk menyembunyikan folder penting anda pula. Mari teruskan..

    Cara Sembunyi Folder

    5) Pada folder anda, right click mouse anda dan kemudian pilih “properties”.

    Cara Sembunyi Folder

    6) Paparan seperti ini akan keluar. Pilih “customise” dan kemudian pilih “change icon”

    Cara Sembunyi Folder

    7) Pada paparan ini cari ruangan kosong seperti yang di tunjukkan pada gambar dibawah ini.

    Cara Sembunyi Folder

    8) Klik pada ruangan kosong tersebut kemudian kemudian tekan ok dan ok..

    Cara Sembunyi Folder

    9) Tahniah anda berjaya menyembunyikan folder penting pada desktop komputer anda. Tarik folder tersebut menggunakan mouse dan letakkan dimana-mana sudut desktop komputer anda. Tiada sesiapa yang akan menjumpainya melainkan anda seorang.

    Cara Sembunyi Folder

    Kini folder penting untuk perniagaan internet anda tersimpan rapi pada folder tersembunyi tersebut. Harap post ini membantu anda. Jumpa lagi ;-)

    Jebat mesranet

    Bookmark Artikel Ini:
    • BlinkList
    • blogmarks
    • co.mments
    • connotea
    • del.icio.us
    • Fark
    • LinkaGoGo
    • NewsVine
    • Netvouz
    • Reddit
    • Simpy
    • Wists
    • BarraPunto
    • blogtercimlap
    • Digg
    • Diigo
    • DZone
    • FriendFeed
    • Google Bookmarks
    • MyShare
    • MySpace
    • Netvibes
    • Turn this article into a PDF!
    • Ping.fm
    • Propeller
    • RSS
    • Slashdot
    • Socialogs
    • StumbleUpon
    • Suggest to Techmeme via Twitter
    • Technorati
    • Webnews.de
    • Yahoo! Bookmarks
    • Yahoo! Buzz
    • Yigg
    « Idea Menulis Terlalu Banyak..
    Promosi Percuma Namun Hasil Gempak Kalau Kena Cara »
     

    7 komen bernas setakat ini

    1. bizmalaya sekitar 10:31pm pada 11 March 2008

      wah….satu information yang bagus

    2. beduz sekitar 10:59pm pada 11 March 2008

      saya pakai loptop je jebat..xda nombor belah kanan..belah atas je ada.

    3. ijamidayu sekitar 7:53am pada 12 March 2008

      satu perkongsian yang amat sesaui.. nak-nak kat rumah sewa bnyk tangan gatai.. :) apa pun thanks and nice info.. hope anda akan berkongsi lagi denagn kami idea2 yang lebih lagi.. :)

    4. Jebat Mesranet sekitar 10:40am pada 12 March 2008

      Emm.. tak penah cuba kat laptop lagi. Mungkin boleh kot guna nombor yang sebelah atas tu beduz. Boleh atau tak boleh inform kat sini ye. Masalahnya saya pc je kat rumah ni :-) .

      Insayaallah akan tersu memberikan informasi berkenaan internet & perniagaan internet. Kena rajin2 la datang ke blog ini he..he..

    5. beduz sekitar 7:17pm pada 12 March 2008

      saya da try jebat. memang x dapat kalo guna nombor belah atas..

    6. Jebat Mesranet sekitar 9:12am pada 13 March 2008

      Emm.. nanti saya cuba kat laptop. Mungkin boleh namun ada cara lain nak buat :-) . Dah tahu nanti saya bagitahu ye..

    7. greatsword sekitar 7:04am pada 25 June 2008

      saya dah cuba toturial yg saudara ujarkan, tetapi saya x bleh nak delete file yg telah disembunyikan. saudara ada x cara penyelesaiannya?

    Ada sebarang komen? Silakan...