Perniagaan Internet - Tutorial Menyembunyikan Folder Penting Anda
March 11th, 2008
Assalammualikum & salam sejahtera semua..
Salam bertemu kembali, anda apa khabar sihat? Lama tak menulis pada blog ini, kerana memberi laluan kepada mood anda dan pilihanraya. Apa pun keputusan pilihanraya tak begitu penting lagi kerana semuanya telah berlalu. Apa yang penting kini bagaimana untuk kita sama-sama bersatu kembali setelah hampir sebulan bertegang urat menegakkan parti masing-masing. Jangan pasal pilihanraya anda melupakan kawan disebelah anda. Ingat segala susah payah anda.. kawan sebelah itu yang banyak membantu he..he..Â
Ok untuk menyegarkan kembali mood anda, saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan. Ianya percuma dan berbentuk tutorial iaitu bagaimana untuk menyembunyikan folder penting pada desktop komputer anda. Folder adalah terlalu penting penggunaannya dalam perniagaan internet. Bayangkan semua folder penting anda letakkan pada satu folder, kalau orang ceroboh boleh pitam juga dibuatnya
.
Teknik ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan duduk di rumah sewa. Kenapa? Sebab kekadang komputer kita mereka gunakan tanpa kebenaran dan mengusik beberapa folder penting kita. Betul tak? Jadi cara selamat ialah dengan menyembunyikan folder penting anda. Baik mari kita mulakan!!
1) Anda create satu folder pada desktop, Contoh folder adalah seperti ”file projek” ini.
Â
2) Rename folder tersebut dengan cara right click pada mouse dan pilih rename.

3) Pada keyboard komputer anda tekan butang “Alt” jangan lepaskan, kemudian tekan nombor “0160″. Ingat pastikan anda menekan nombor disebelah kanan keyboard dan bukan pada sebelah atas keyboard.

4) Jika berjaya paparan seperti dibawah akan kelihatan. Tahniah anda berjaya menyembunyikan nama fail penting anda. Kini tiba masa untuk menyembunyikan folder penting anda pula. Mari teruskan..

5) Pada folder anda, right click mouse anda dan kemudian pilih “properties”.

6) Paparan seperti ini akan keluar. Pilih “customise” dan kemudian pilih “change icon”

7) Pada paparan ini cari ruangan kosong seperti yang di tunjukkan pada gambar dibawah ini.

Klik pada ruangan kosong tersebut kemudian kemudian tekan ok dan ok..

9) Tahniah anda berjaya menyembunyikan folder penting pada desktop komputer anda. Tarik folder tersebut menggunakan mouse dan letakkan dimana-mana sudut desktop komputer anda. Tiada sesiapa yang akan menjumpainya melainkan anda seorang.

Kini folder penting untuk perniagaan internet anda tersimpan rapi pada folder tersembunyi tersebut. Harap post ini membantu anda. Jumpa lagi

Entry Filed under: Blogroll, Idea, Kursus Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Panduan Perniagaan, Tips Perniagaan, Tool/Perisian, Tutorial Perniagaan Internet





























7 Comments Add your own
1. bizmalaya | March 11th, 2008 at 10:31 pm
wah….satu information yang bagus
2. beduz | March 11th, 2008 at 10:59 pm
saya pakai loptop je jebat..xda nombor belah kanan..belah atas je ada.
3. ijamidayu | March 12th, 2008 at 7:53 am
satu perkongsian yang amat sesaui.. nak-nak kat rumah sewa bnyk tangan gatai..
apa pun thanks and nice info.. hope anda akan berkongsi lagi denagn kami idea2 yang lebih lagi..
4. Jebat Mesranet | March 12th, 2008 at 10:40 am
Emm.. tak penah cuba kat laptop lagi. Mungkin boleh kot guna nombor yang sebelah atas tu beduz. Boleh atau tak boleh inform kat sini ye. Masalahnya saya pc je kat rumah ni
.
Insayaallah akan tersu memberikan informasi berkenaan internet & perniagaan internet. Kena rajin2 la datang ke blog ini he..he..
5. beduz | March 12th, 2008 at 7:17 pm
saya da try jebat. memang x dapat kalo guna nombor belah atas..
6. Jebat Mesranet | March 13th, 2008 at 9:12 am
Emm.. nanti saya cuba kat laptop. Mungkin boleh namun ada cara lain nak buat
. Dah tahu nanti saya bagitahu ye..
7. greatsword | June 25th, 2008 at 7:04 am
saya dah cuba toturial yg saudara ujarkan, tetapi saya x bleh nak delete file yg telah disembunyikan. saudara ada x cara penyelesaiannya?
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed