Momentum Untuk Menulis Kembali
March 30th, 2008
Salam semua,
Ini la kali pertama saya lama tidak membuat penulisan pada blog ini. Rasanya lebih seminggu kot!
. Maafkan saya kerana baru-baru ini saya kehilangan momentum untuk menulis. Inilah bahayanya kalau membiarkan diri kita dalam keadaan selesa dan langsung tidak meletakkan satu cabaran yang membolehkan kita terus rasa tertekan dan meronta-ronta untuk terus menulis. Insyaallah dan alhamdulilah kerana saya dapat kembali mood tersebut.
Kehilangan momentum untuk terus menulis post pada blog akan dihadapi oleh sesiapa sahaja. Anda juga tidak terkecuali. Ini bukan perkara luar biasa dan biasanya akan terjadi disebabkan kita meletakkan diri dalam keadaan selesa.. ” Bestnya tengok TV je”.. “Iskh tak de mood menulis, sok je la saya update blog”.. “Aduh mata ngantuk la hujan-hujan ni.. layan tidur lagi best”.. “Banyak la wayang best kat pawagam, nak pergi layan la..”
Ada seribu satu macam lagi keadaan anda meletakkan diri anda terlalu selesa.. Emm kalau sekali sekala rasanya tidak mengapa.. Macam saya ha..ha.. Tapi kalau dah selalu bahaya tu. Laman web lama tak update, pertanyaan dari pelanggan tak jawap, blog tiada post-post terbaru, produk baru jauh sekali la.. Ini semua tanda perniagaan internet anda nak bungkus
.
Tidak kisah kalau anda terlalai untuk semua tu di sebabkan anda tidak cukup tangan atau terlalu sibuk seperti saifulsham ke.. Dr.Irfan Khairi ke.. atau anda memang ada peluang perniagaan lain yang lebih menguntungkan.. Yang ini kes lain lah.. Betul tak?
Cara saya lebih suka meletakkan cabaran atau senang cakap seperti berjanji kepada anda, yang mana janji tersebut harus saya tunaikan. Cara ini akan membuatkan anda rasa tercabar dan sekaligus akan menyempurnakan semua kerja anda. Tak percaya.. Cubalah!!. Baik sebagai cabaran kepada diri saya, selama sebulan ini saya akan membuat post 2 hari sekali, ini bagi mengembalikan momentum saya untuk terus menulis. Aduh … boleh ke tak ni… risau ni.. he..he..
Tunggu post-post fresh dari saya setiap 2 hari. Banyak yang ingin saya kongsikan. Jumpa lagi!

Entry Filed under: Perniagaan Internet, Motivasi Perniagaan, Sekadar Renungan, kisah dan tauladan, Idea































6 Comments Add your own
1. komenebook | March 30th, 2008 at 4:53 pm
Salam Jebat
betul seperti yang jebat katakan, saya selalu kehilangan momentum dalam buat research. hehehe. sebab itu saya dah mention awal2 dalam weblog, saya ni sorang part-time blogger. so, sempat lagi la nak amik masa untuk draft dulu.
tapi, yang tak bagusnya part-time blogger ni, rating mudah jatuh. apapun, saya dah siapkan satu ebook sebagai menyahut cabaran penulisebook.com. cume tak tahu lagi, nak bagi free atau letak harga
…buat tak sampai tiga hari. itu kerana MOMENTUM.hehehe
the best way is, kita cabar diri kita sendiri, seperti yang jebat dah cakap. itu memang perlukan disiplin dan komitmen yang tinggi. but, i believe, saudara Jebat tentu banyak “isi” selepas berehat..so saya akan nantikan fresh-post dari saudara
2. laial | March 30th, 2008 at 8:23 pm
hmm~saya tidak ada apa-apa nak menyampaikan….cuma nak menjemputkan kamu visit blog saya:http://wwwicelemontea.blogspot.com,terima kasih!!!!
3. ijamidayu | March 31st, 2008 at 9:18 am
huhuhu.. sempat promte..
apa pun ini perkara yg biasa terjadi bila kita berasa selasa..
apa pun itu pun terjadi pada smeua org.. apa pun tak sabar nak tungu post dari saudara..;)
4. Jebat Mesranet | March 31st, 2008 at 10:18 am
Wah bro, diam tak diam dah ada ebook sendiri tu.. Tahniah! Ni ebook nak bagi free atau untuk jualan bro? Fresh post memang ada banyak nak tulis, nantikan je ye.. bukan tu je saya kini dah semakin berisi he..he..
Memang betul ijam, meletakkan diri terlalu selesa akan menyebabkan rasa malas menyelubungi diri. Jadi pastikan jika hendak beristirehat sekalipun jangan terlalu selesa. Lebih baik jika ada jadual kerja, dimana waktu rehat telah dijadualkan, manakala masa kerja digunakan sepenuhnya untuk kerja tersebut. Tq untuk komen anda
5. komenebook | March 31st, 2008 at 12:20 pm
(Salam) Jebat
Terima kasih. saya tak tahu lagi nak bagi free / jualan…tengok keadaan dulu.
. bergantung kepada keputusan majoriti dan kena tanya 2-3 orang lain. hehehe. ebook tu berkait dengan teknikal.
ebook percuma memang ada dah buat, cme tak launch lagi..bz dgn sukan, hehehe. Kalo Bro Jebat taknak berisi sgt, kena ikut nasihat saya. kena jogging minimum 24km untuk satu mggu..bolehla fit macam saya..hehehe
6. Jebat Mesranet | March 31st, 2008 at 6:20 pm
24km satu minggu.. tiap hari nak kena lari lebih kuran 3 - 4km la ye.. emm.. Macam tak larat je la
.
Nak pastikan ebook ok atau tak, boleh buat macam ni.. Sediakan dalam bentuk draf, pastu berikan kepada beberapa orang untuk mereka komen. Pembaiki kelemahan ebook tersebut setelah mendapat komen tu. Pastu dah sudah berikan semula kepada mereka la untuk mendapat testimoni
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed