Peluang Memulakan Perniagaan Internet Untuk Anda!
Salesletter Lengkap 7 page, Banner, Perisian, Forum Support
Dan Lain-Lain Semuanya Disediakan, Manakala 100% Keuntungan Milik Anda!.
KLIK DISINI!! Jika Berminat Dengan Tawaran Ini.
================================================
Jualan Produk Di Internet - Sejauh Mana Pentingnya Salesletter?
May 5th, 2008
Salam semua,
Apa khabar anda dan bagaimana perkembangan internet anda kini? Baru bermula, telah bermula atau masih dalam proses pembelajaran lagi
. Tak kisah apa pun, saya harap anda juga berjaya seperti IM internet yang lain. Apa yang penting jangan mudah berputus asa. Hendak mudah mulakan dengan asas dan langkah demi langkah. Jangan nak buat semuanya sekaligus.. Ingat tu!!
.
Sejauh mana pentingnya salesletter??
Saya tidak tahu sama ada anda bersetuju dengan saya atau tidak. Namun bagi saya salesletter no. 1 lebih penting berbanding promosi. Ya!! anda tidak salah baca.. Tapi Jebat kalau tak promosi bagaimana nak dapat jualan? Namun sehebat mana pun promosi anda, jika salesletter anda main tangkap muat je, rasa-rasanya ada ke yang nak beli produk anda? Tepuk dada tanya selera..
Saya berterima kasih kepada anda yang banyak mengirimkan mesej bertanya soalan kepada saya. Ada yang telah saya reply, namun ada juga yang belum.. maaf tau! insyaallah dalam masa terdekat ini saya reply ye
. Dari ke semua soalan tersebut ramai yang meminta nasihat dan memberikan link jualan produk kerana tak ada orang beli dan bertanya cara promosi.. Jadi saya mengambil post ini untuk menjawap soalan anda dan dalam masa terdekat saya akan menjawap personal melalui email dan secara detail.. Yang tu kena sabar menanti tau!.
Apa yang saya perhatikan dan rasanya bukan di sebabkan promosi anda tidak mendapat sebarang jualan dari produk anda, tetapi di sebabkan salesletter anda yang begitu simple dan langsung tiada kekuatan untuk menyakinkan pembeli anda membeli produk tersebut. Apa yang lebih menyedihkan, salesletter anda langsung tidak menunjukkan anda serius untuk membuat jualan. Apa salahnya membelanjakan puluhan ringgit mengupah orang membuat design salesletter anda jika anda langsung tidak tahu design.
Saya juga mengupah pakar membina design salesletter saya, walaupun saya telah ada asas design.. Salah satu sebab kerana saya mahukan yang terbaik untuk salesletter saya. Tahukah anda untuk salesletter belajarcpanel dot com, berapa lama masa yang saya peruntukan untuk membinanya sebelum pra pelancaran? 30 hari bersamaan 1 bulan saya membina salesletter tersebut. Lamanya.. sebab itu adalah projek pertama saya dan pada masa itu saya belum begitu popular seperti anda.
Jadi saya mengambil peluang melalui kekuatan dari salesletter ini untuk menghasilkan jualan. Bayangkan kalau masa itu salesletter saya main tangkap muat sahaja, rasa-rasanya adakah orang yang membelinya? Alhamdulilah melalui kekuatan salesletter saya mendapat jualan dan keuntungan 4 angka pada hari pertama pelancaran. Ya saya akui cara promosi yang betul juga memainkan peranan, terima kasih Smartzul.. saya masih ingat sampai bila-bila bantuan anda.. namun penangan salesletter jangan dilupakan.
Kesimpulan dari post kali ini, jika anda newbie yang ingin menjual produk di internet, sebelum pra pelancaran, saya nasihatkan anda untuk memastikan salesletter anda betul-betul power. Tapi jangan la buat scam atau tipu-tipu.. tak baik!. Sebab apa saya handakkan anda serius dalam membuat salesletter.. sebabnya anda newbie dan belum ada apa-apa lagi yang dapat membantu anda di internet untuk membuat jualan.. jadi gunakan kekuatan salesletter untuk menutup kelemahan anda itu. Good luck!
P/S: Jangan pening-pening ye.. salesletter itu sama la dengan minisite, sama la dengan laman web jualan anda. Sebab ada di kalangan newbie yang keliru dengan salesletter ini
.

Entry Filed under: Perniagaan Internet, Memulakan Perniagaan Internet, Produk Internet, Mentor, Projek Ebook, Salesletter, Minisite, Laman Web






























3 Comments Add your own
1. rahsiakomputer | May 5th, 2008 at 2:48 pm
saya memang setuju….salesletter itu perkara yang penting dalam membantu jualan produk atau perkhidmatan. Namun ia harus seiirng dengan langkah promosi yang berkesan.
Jika tidak mungkin hasil yang diperolehi kurang memberansangkan.
2. Maizul | May 5th, 2008 at 11:22 pm
Jebat dapatkan perkhidmatan salesletter dari siapa ye atau buat sendiri? masih taktau sape yang pakar untuk buat ayat-mengayat salesletter ni… setau saya Fai pandai bab salesletter ni.
3. Jebat Mesranet | May 6th, 2008 at 1:21 am
Betul 100% rahsiakomputer.. Memang salesletter seharusnya seiring dengan promosi. Cuma saya tekankan penggunaan salesletter yang betul, adalah kerana kebanyakkan newbie tidak begitu menitik beratkan kepentingan salesletter ini. Saya boleh bagi contoh beberapa salesletter, namun takut mereka terasa, jadi saya diamkan la. Salesletter langsung tiada kekuatan, sehebat mana pun promosi saya berani kata tiada orang akan beli produk tersebut. Harap tulisan post ini sedikit sebanyak menyedarkan mereka salah satu faktor tiada jualan adalah kerana salesletter.
Maizul saya buat sendiri ke semua salesletter untuk produk jualan saya. Nanti saya nak buat satu post teknik yang saya gunakan untuk membuat salesletter tersebut. Dalam masa terdekat ni ye
.
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed