Demam Piala Thomas & Majalah IM Mei Sedia Untuk Download!

May 15th, 2008

Ohh!! tidak.. saya di landa demam piala thomas dan uber. Inilah salah satu sukan yang saya ikuti sejak dari bangku sekolah lagi. Dari zaman misbun sehingga la kini Lee Chong Wei.. dari gandingan bergu Razif/Jalani dan kini Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong kini :-) .

Jadi untuk minggu ini saya agak sibuk sikit duduk depan TV menonton acara sukan kegemaran saya. Selepas itu pada bulan jun nanti EURO 2008 pula akan bermula.. Ohh..Ohh lagi satu acara sukan kegemaran saya selain dari world cup he..he.. Jadi kalau masa ni saya agak menyepi sikit faham-faham ye :-) . Namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk membahagikan masa menonton acara sukan kegemaran dengan kerja-kerja online ini, insyaallah.

Untuk Piala Thomas Malaysia telah berjaya masuk ke semi final dan akan menentang pasukan China pada hari jumaat ini (17/05/08). Perlawanan ini hebat sangat, seakan-akan final piala thomas dan mesti tonton he..he.. Tak pasti bermula lepas sembahyang jumaat lebih kurang 2.30 petang atau malam selepas maghrib. Yang pasti channel astro 816. Mungkin hari tu RTM1 juga membuat siaran langsung, juga tak pasti. 

Andaikata pasukan negara kita berjaya menumpaskan China, pada hari ahad nanti pada pukul 7.00 malam akan berlangsung perlawanan akhir juga mesti tonton.. rugi ohh tak tengok. Harap-harap pasukan negara kita berjaya membawa pulang piala thomas. Kali terakhir pasukan negara membawa pulang piala thomas iaitu pada tahun 1992.

Yang menyedihkan pasukan piala uber Malaysia gagal dalam suku akhir di tangan korea. Walaubagaimanapun kejayaan menewaskan Jepun harus di beri pujian.

Aduh excited sangat cerita pasal piala thomas hampir terlupa tujuan saya menulis post hari ini. Tiada yang istimewa sangat, hanya ingin memberitahu majalah IM keluaran Mei telah sedia untuk anda download. Maaf ye agak lewat sikit memberitahu anda. Emm.. semangkin hebat nampaknya majalah IM ini dan input-input mengenai perniagaan internet banyak boleh didapati di sini secara percuma.

Juga kini telah ada tambahan penulis baru untuk majalah IM ini. Nak tahu siapa? jangan lupa download dan anda boleh lihat sendiri. Yang pasti bukan saya la he..he.. Baik saya tinggalkan anda dengan majalah IM ini. Baca jangan tak baca. Banyak input menarik majalah IM keluaran Mei ini.

Majalah IM Keluaran Mei 2008

Download Disini!!

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Perniagaan Internet, pengumuman, Download Percuma, Majalah IM, Piala Thomas

2 Comments Add your own

  • 1. komenebook  |  May 15th, 2008 at 2:59 pm

    (salam)

    yup, demam piala thomas..last week tengok kat you tube…saat Malaysia menang lawan indon tahun 1992 dulu..

    malaysia vs china? saya predict, M’sia akan menang tipis atau kalah tipis saja. based on performance lawan jepun suku akhir, taktik pecah regu menampakkan hasil. cuma lawan China, agak sukar..ini kerana, negara tembok besar tu, prestasi mereka dari Thomas dulu2, agak stabil.

    harap2 pada semi final nanti, hafiz akan turun dulu..kemudian baru chong wei..saya tengok hafiz lebih “kuat” bermain secara berpasukan dari individu. apepun, saya masih optimis, negara kita dapat kalahkan China..Malaysia Boleh!

    saya dah baca majalah IM terbaru..cuma yang interview tak dengar sepenuhnya lagi…tak sempat..isi kali ni pun memang menarik untuk newbie dan mereka2 yang dah lama berkecimpun g dalam alam siber ni…

  • 2. Jebat Mesranet  |  May 18th, 2008 at 7:35 am

    Oh tidak!! kita kalah lagi dalam semi final melawan China. Kecewanya.. kena tunggu 2 tahun lagi la nampaknya. Kecewa sangat dengan Hafiz yang main tanpa semangat. Kalah atau menang adat perlawanan, namun kalah mestilah dengan penuh maruah. Ni langsung tak melawan.

    Betul kata komenebook kita kalah tipis 3-2 kepada China. Kemenangan lawan Lee Chong Wee ke atas Lin Dan membuka lalauan untuk jita menang besar sebenarnya, namun kekalahn bergu harapan menutup segalanya. Emm :-(

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed




Agen Diperlukan!!

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Jana 5 Angka
Dengan Produk Ini!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Most Recent Posts