Cara Mudah Membina Salesletter Adalah Dengan..

May 19th, 2008

Salam semua, moga ceria-ceria selalu, walaupun Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Thomas :-( . Kena tunggu lagi 2 tahun la nampaknya arrggghhh!!!!!Baik kita lupakan kisah pilu tersebut.. Untuk hari ini saya ingin kongsikan satu cara mudah bagaimana saya menghasilkan salesletter seperti mana belajarcpanel dot com. Hari tu Maizul ada bertanya sama ada saya menghasilkan sendiri salesletter belajarcpanel dot com atau saya upah orang buat? Yup!! 100% saya hasilkan sendiri dengan hanya beberapa langkah mudah :-) .

Ya memang bukan mudah menghasilkan salesletter untuk sesuatu produk jualan, namun jika anda gunakan cara yang saya gunakan, insyaallah anda juga dapat menghasilkan salesletter yang saling tak tumpah seperti salesletter saya ;-) .

Baik saya andaikan anda mempunyai produk digital contohnya EBOOK MEMASAK. Bagi memulakan sesebuah salesletter pada awalnya anda perlu memilih header atau tajuk utama yang akan memberi perangsang untuk orang terus membaca isi kandungan salesletter. Yang ini saya tidak akan tekankan sangat, kerana saya pasti anda tahu bagaimana untuk memilih kata-kata power untuk pembuka kata salesletter anda. Ini ramai yang tahu buat.. tapi bagaimana dengan isi kandungan salesletter anda?

Ya!! perkara ini yang ramai tak tahu buat atau terlepas pandang. Betul tak? Jadi bagaimana cara saya menghasilkan salesletter tersebut. Walaupun tidak seindah atau sehebat mana, namun saya percaya dan yakin ramai newbie di luar sana yang ingin tahu caranya. Untuk itu saya ingin kongsikan melalui post blog ini. Kepada anda yang memang dah terror buat salesletter, mungkin post ini boleh di jadikan bahan bacaan di masa lapang he..he..

Caranya ialah semasa anda membuat salesletter, isi kandungannya haruslah menjawap semua persoalan di bawah ini. Dengan kata yang lebih manis, pastikan semua jawapan untuk soalan saya dibawah ini anda letakkan dalam salesletter anda. Tidak kira dengan hanya 1 atau 2 jawapan.. namun lebih banyak jawapan lebih OK, sebab anda betul-betul tahu dan faham mengenai produk jualan anda.

Tak faham heh!! Baik andaikata soalan saya “kenapa orang harus membeli produk anda?”. Jangan pula tulis kat salesletter ” Sebab produk saya murah”.. Itu lurus bendul namanya he..he.. ngan marah.. Cuma anda perlu kreatif sedikit dengan menjadikan jawapan tersebut sebagai isi salesletter anda.. Anda boleh menjawap seperti ini.. 

7 sebab kenapa anda harus mendapatkan produk ini!!

  • Harga produk ini saya jamin murah dan ianya adalah satu dalam sejuta.
  • Produk ini di datangkan bersama dengan manual pembelajaran
  • bla..bla..

Fahamkan!!.. Ini ke semua soalan yang saya selalu gunakan dalam penghasilan salesletter produk jualan saya. Untuk tutorial ini andaikan anda ingin menjual EBOOK MEMASAK.

Kenapa masih ramai yang tidak tahu memasak? –> 1

Kenapa begitu banyak rujukan anda masih tidak tahu memasak? –> 2

Nyatakan kelebihan yang anda perolehi jika memiliki ebook ini? –> 3

Kenapa anda mesti memerlukan ebook ini? –> 4

Ebook Apa tu? –> 5

Apa yang anda perolehi jika memiliki ebook ini? –> 6

Bagaimana bentuk pembelajaran dalam ebook ini? –> 7

Ebook ini untuk siapa sebenarnya? –> 8

Berapakah harga ebook ini? –> 9

Bagaimana mendapatkan ebook ini? –> 10

Ada bonus tambahan ke? –> 11

Benarkah masalah memasak akan dapat di atasi setelah memiliki ebook ini? –> 12

Sekali lagi, bagaimana saya boleh mendapatkan ebook ini? –> 13

Ada pesanankah kepada pelanggan berkenaan ebook ini sebelum anda undur diri? –> 14

Emm.. itulah kesemua soalan yang harus anda jawap sebagai isi salesletter anda. Kini anda telah siap 70% dari salesletter anda. Setelah anda masukkan tajuk header, testimoni pelanggan, link untuk pelanggan anda subcribe dan gambar-gambar yang berkaitan untuk menguatkan hujah atau jawapan anda untuk soalan diatas.. saya berani jamin akan ada yang tangkap lentok den membeli produk anda kelak.. Insyaallah. Moga tips dari saya ini membantu anda. Jumpa lagi ;-) .

Jebat mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Blogroll, Idea, Kursus Perniagaan Internet, Laman Web, Memulakan Perniagaan Internet, Minisite, Pembinaan Laman Web, Salesletter, Tips Perniagaan, Tutorial Perniagaan Internet

5 Comments Add your own

  • 1. komenebook  |  May 20th, 2008 at 8:56 pm

    (salam) buat jebat

    udah2 la dengan piala thomas. saya pun tenseng la…nama regu emas patut jadi regu plastik la plak. first set ada chance nak menang. hafiz pun sama - lakukan 4 kesilapan sama, ditempat yang sama CAMPUR 4 kesilapan mudah…so, dah lawan free2 dapat 8 point. 8 point untuk sistem 21 ni memang tensen bro!

    terima kasih atas tips sales letter anda. dapatlah secara teknikalnya mengurangkan masalah newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan cara nak bangunkan bisnes sendiri. sales letter memang penting untuk pasarkan produk. saudara jebat telah berikan satu perkongsian maklumat yang berguna…

    memang tangkap lentok bro! :-)

  • 2. abdfatah  |  May 21st, 2008 at 1:23 pm

    banner gerak tu dah banyak dapat sales ke? asyik gerak aje ikut skroll… hahaaha… nak try jugak alaaa…

  • 3. olie  |  May 24th, 2008 at 6:26 pm

    Salesletter umpama jurujual yang mempromosikan sesuatu produk untuk dijual. Salesletter yang baik pasti dapat membuat jualan, umpama jurujual yang petah bercakap sehingga pembeli yang taknak beli pun boleh beli.

  • 4. Roger Ho  |  May 24th, 2008 at 8:44 pm

    Panduan ini setelah saya baca ,memang best biarpun ringkas tetapi cukup jelas,u memang guru nah ini,

  • 5. Jebat Mesranet  |  May 25th, 2008 at 12:47 am

    Terima kasih untuk semua komen di atas. Memang itu cara saya menghasilkan salesletter untuk produk jualan pertama saya. Harap dengan pengisian ini dapat di jadikan panduan untuk newbie menghasilkan salesletter yang jauh lebih baik dari salesletter ini kelak. Boleh juga setelah menghasilkan salesletter kemudian berikan pada saya untuk membolehkan saya komen. Insyaallah kalau ada kelapangan saya pasti akan memberikan komen untuk salesletter anda tu ;-) .

    Komenebook.. memang kecewalah atas kekalahan piala thomas hari tu. Tapi terubat la sikit tengok Stacy juara ha..ha..

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed



8 Modul Pakej Lengkap
Perniagaan Internet

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook


Jana Wang Dengan
Teknik Baru Adsense!

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Most Recent Posts