Bosan Dengan Internet? Antara Aktiviti Yang Anda Boleh Mulakan - SIRI 2

June 7th, 2008

Assalammualaikum & salam sejahtera semua,*Artikel ini khusus untuk mereka yang mencari-cari aktiviti atau perniagaan internet yang boleh dijadikan hobi mereka untuk membuat duit melalui internet, bagi mengelakkan kebosanan berhadapan dengan internet.

Bertemu kembali dengan harapan anda ceria selalu, walaupun harga minyak melambung :-) . Memang tidak dapat dielakkan kenaikan ini disebabkan kenaikan harga minyak serantau.

Kepada anda yang mempunyai talian internet di rumah, mungkin boleh mencari sedikit duit poket untuk menampung kos hidup yang semangkin meningkat kini melalui internet, sama ada mempunyai perniagaan internet sendiri atau pun aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet, bagi menghilangkan kebosanan anda berdepan dengan internet. Rasanya rugi jika kelebihan internet ini anda tidak gunakan sebaik mungkin, kerana ramai juga yang berjaya dalam arena ini, begitu juga dengan anda kelak.. insyaallah.

Baik tanpa membuang masa saya ceritakan kini aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet. Aktiviti berbeza dengan perniagaan internet ya.. usah keliru :-) .

Saya mulakan aktiviti yang begitu popular sekali iaitu google adsense. Ramai juga mereka yang membuat perniagaan internet terlibat dengan google adsense ini dan berita baiknya ramai juga yang baru bermula berjaya dalam google adsense. Mungkinkah anda selepas ini? :-)

Google adsense adalah milik Syarikat Google sepenuhnya. Enjin pencari google yang begitu popular digunakan oleh berbillion pengguna internet dunia telah menarik banyak syarikat-syarikat besar untuk menggunakan google sebagai tempat untuk mereka melakukan promosi terhadap produk mereka.

Google yang tidak mampu melayan kesemua pengiklan ini secara bijak telah mereka program yang dinamakan google adsense. Melalui google adsense, syarikat google berjaya menerima kesemua pengiklanan dari syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Caranya adalah menggunakan ANDA.

Bagaimana tu? Saya terangkan secara mudah, syarikat google menerima bayaran dari pengiklan tadi, oleh kerana google tidak mampu menampung ke semuanya jadi anda boleh mendaftarkan diri untuk membantu google mempromosikan iklan yang mereka terima dari syarikat-syarikat tadi. Boleh fahamkan? :-)

Bagaimana ia boleh membuat keuntungan untuk anda? –> ;-)

Setelah anda diluluskan sebagai agen google adsense tadi, anda perlu ada laman web atau blog (blog percuma seperti blogger pun boleh), digunakan untuk meletakkan iklan-iklan google tersebut. Bermakna jika ada pelawat yang masuk ke laman web atau blog anda dan seterusnya klik iklan google yang anda pasangkan, secara automatik anda akan menjana pendapatan.

Contoh Iklan Google

Nilai duit yang anda akan hasilkan bergantung pada mahalnya sesuatu iklan yang anda pasangkan pada laman web atau blog anda. Bermula dari USD.001 untuk sesuatu klik, sehinggalah bernilai puluhan USD untuk sesuatu klik.

Untuk mempelajari google adsense ini sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai:

  • Alamat email sendiri, sebaik-baiknya email gmail (kepunyaan google).
  • Mempunyai blog atau laman web untuk melakukan pengiklanan. Boleh juga menggunakan blog percuma seperti blogger.com .
  • Mendaftarkan diri dengan program google adsense untuk membolehkan anda mendapatkan iklan-iklan dari google.

Secara teorinya pada peringkat permulaan ini sahaja yang anda perlukan untuk menjalankan aktiviti google adsense ini. Namun ketiadaan asas mungkin sedikit menyukarkan kerana anda perlu tahu bagaimana mendaftar pada google, membina blog atau laman web, mempromosi dan lain-lain.

Oleh itu jika anda berminat untuk lebih mempelajari mengenai google adsense ini, saya cadangkan anda mendapatkan ebook-ebook yang berkaitan untuk membolehkan anda memulakan aktiviti ini. Antara ebook-ebook cadangan saya ialah:

  1. Ebook Jana Wang Adsense 
  2. Ebook Raja Adsense
  3. Ebook 7 Hari Mahir Adsense

Jumpa lagi untuk aktiviti seterusnya yang boleh anda lakukan di internet.  Moga membantu.

Jebat Mesranet

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Perniagaan Internet, Membuat Duit, Memulakan Perniagaan Internet, adsense, Sekadar Renungan, cari duit, google adsense, internet, Aktiviti Internet

4 Comments Add your own

  • 1. pakar ebook percuma  |  June 7th, 2008 at 9:28 am

    memang betul brother,sekarang ini kenaikan minyak sudah pun menjadi suatu beban kepada rakyat malaysia,jadi untuk menambah pendapatan,kita boleh join adsense program..saya baru bermula..

  • 2. Jebat Mesranet  |  June 8th, 2008 at 4:59 am

    Roger boleh mulakan secara perlahan-lahan program google adsense tersebut. Baiknya program ini kerana ia memberikan pendapatan tambahan serta secara tetap kalau kena caranya. Good luck ye ;-)

  • 3. zool  |  June 16th, 2008 at 12:34 am

    Memang merangkak lagi nak capai minimum payment ni…
    Takpe..
    usaha lebih lagi lepas ni

  • 4. zaidi  |  June 28th, 2008 at 4:05 pm

    dengan google adsense memang kita boleh dpt duit tapi memerlukan strategi yg betul ebook yg dicadangkan diatas pastinya dapat membantu utk menambahkan lagi pendapatan dari google adsense

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed



8 Modul Pakej Lengkap
Perniagaan Internet

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook


Jana Wang Dengan
Teknik Baru Adsense!

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Most Recent Posts