• Utama
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Panduan memulakan Perniagaan Internet untuk mencari maklumat serta teknik-teknik membuat duit, cari duit, cara promosi dan macam-macam lagi!

    Jangan Tangguh! Redah Je..

    Jika anda ingin mengaktifkan diri dalam perniagaan internet ini, satu sifat atau tabiat yang harus anda kuburkan ialah sifat suka menangguh kerja. Ya! tabiat ini nanti boleh membunuh kerjaya atau perniagaan internet anda.

    Sejak akhir-akhir ini perkara tersebut sering melanda diri saya sendiri. Bayangkan kalau dulu blog ini sering kali up to date, kini hampir seminggu baru ada post-post terbaru, disebabkan tabiat suka menangguh kerja dan lama ke lamaan kerja dah bertimbun-timbun menyebabkan kerja yang pada awalnya mudah, kini tampak sukar untuk di siapkan.

    Memang tidak dapat di nafikan sifat menangguh kerja ini sebenarnya berlaku sejak dari bangku sekolah lagi dan sehingga kini :-) . Betul tak? Teringat dahulu zaman sekolah bila mana dapat homework dari cikgu yang perlu di siapkan sebelum minggu depan. “Emm.. lama tu minggu depan. Relax la dulu..”. Lama kelamaan homework semakin bertambah dan tempoh seminggu yang cikgu beri telah hampir..

    Apa lagi bersengkang mata la untuk menyiapkan. Sanggup tak tengok tv. Itu kalau semua tahu buat la.. mana yang tak tahu buat, esok pagi awal-awal lagi pergi kelas untuk tiru dari kekawan. Last kantoi dengan cikgu tak buat homework, sebab ingatkan sikit je.. rupanya banyak pula nak kena salin balik ha..ha..

    Ingatkan zaman tu dah berlalu, rupanya sifat menangguh kerja ni ada juga bila dah besar panjang ni. Mungkin ini yang dikatakan tabiat. Betul kata pepatah melentur buluh kena dari rebung ;-) .

    Jadi jika anda ingin melibatkan diri atau ingin serius dalam perniagaan internet pastikan anda buang terlebih dahulu sifat suka menangguh kerja, kerana ianya akan membunuh kerjaya internet tanpa anda sedari. Emm.. Jebat pandai nasihatkan orang, diri sendiri tu kena betulkan dulu he..he..  Saya ambil kata-kata nadia AF6 –> Redah je!!

    Insyaallah saya akan cuba susun kembali plan ebiz saya. Anda bila lagi!!? ;-) Good luck yer.

    Jebat Mesranet

    Bookmark Artikel Ini:
    • BlinkList
    • blogmarks
    • co.mments
    • connotea
    • del.icio.us
    • Fark
    • LinkaGoGo
    • NewsVine
    • Netvouz
    • Reddit
    • Simpy
    • Wists
    • BarraPunto
    • blogtercimlap
    • Digg
    • Diigo
    • DZone
    • FriendFeed
    • Google Bookmarks
    • MyShare
    • MySpace
    • Netvibes
    • Turn this article into a PDF!
    • Ping.fm
    • Propeller
    • RSS
    • Slashdot
    • Socialogs
    • StumbleUpon
    • Suggest to Techmeme via Twitter
    • Technorati
    • Webnews.de
    • Yahoo! Bookmarks
    • Yahoo! Buzz
    • Yigg
    « Produk Terbaru – Ebook Panduan Asas HTML
    Jom Belajar Bahasa English – Banyak Boleh Buat Dalam Perniagaan Internet. »
     

    3 komen bernas setakat ini

    1. pakar clickbank sekitar 2:22pm pada 27 June 2008

      ye brother ,memang saya setuju dengan apa yang dikatakan.

    2. nana sekitar 7:53am pada 3 July 2008

      saya pun setuju…berginilah jadinya, jagnbuang masa, kita semakin tua, jagn tunggu umur 60 tahun maka keluarlah perkata…”kalaulah aku muda lagi” walau tak mustahil, tapi rasanya penyesalan tu tetap ada dalam diri….

    3. akid sekitar 10:18am pada 31 July 2008

      saya pun ada tebiat gitu gak cam ne nak buang yek??????????/

    Ada sebarang komen? Silakan...