Betul Ke Program Serta Perniagaan Internet Hanya Untuk IM?.. Dan Bukan Untuk Kami!

July 30th, 2008

Assalammualaikum semua,

Amboi.. lama sungguh saya tidak update post blog ini. Kepada anda yang selalu berkunjung ke blog ini maaf di pinta kerana lama tak update dan terima kasih kerana terus memberikan sokongan anda.

Betul ke program internet serta perniagaan internet hanya untuk orang-orang yang telah menapak lama dalam industri ini? Emm.. macam betul je kan! :-) . Bukan apa.. baru-baru ini saya menerima email dari seseorang insan yang begitu kecewa dengan program-program serta perniagaan internet yang beliau ingin ceburi.

Masalahnya bila mana beliau mencuba pelbagai program serta perniagaan internet namun satu pun tidak mendatangkan hasil malahan telah kehabisan beratus RM. Saya tidak menafikan anda memang sukar untuk bersaing dengan IM yang telah menapak lama ini disebabkan:

  1. Ramai orang telah kenal mereka, bermaksud orang lebih percaya pada mereka berbanding anda.
  2. IM telah mempunyai beribu mail list atau senarai email, pendek kata mereka dapat menghubungi beribu pelanggan hanya dengan sekali klik sahaja :-) .
  3. Kebanyakkan IM adalah pencipta, mereka boleh memberikan pelbagai bonus untuk pembeli mereka berbanding anda.
  4. Hubungan yang rapat antara IM dengan IM lain memberi lebih kekuatan kepada mereka berbanding anda.
  5. Mereka boleh memberi support yang beratus lebih baik berbanding anda :-) .
  6. dan seribu macam alasan lagi… Pendek kata anda tidak akan mampu menandingi IM ini dalam berjual beli di internet.

Tetapi harus anda ingat kerana IM (Internet Marketer) ini juga sebenarnya suatu masa dulu sama seperti anda kini. Mereka juga baru dan harus bersaing dengan IM yang terdahulu. Namun kenapa mereka boleh sampai ke tahap ini? ;-) Saya tinggalkan anda dengan soalan ini..

Mengenai program internet pula, saya amat-amat tidak setuju jika anda mengatakan ianya hanya untuk orang-orang yang telah lama dalam industri ini. Satu contoh iaitu program adsense.. adakah IM ini ada share dengan google sehinggakan google memberikan keistimewaan kepada mereka untuk mendapat pendapatan lebih?

Sudah tentu jawapannya TIDAK. Tapi mengapa mereka boleh berjaya dalam program ini dan anda tidak? “Alaa.. dah tentu la bang, sebab IM dah tahu banyak teknik nak dapatkan pelawat”. Tapi tahukah anda saya mendapatkan teknik mempromosikan adsense juga melalui ebook yang sama dengan yang anda beli.

Saya membeli ebook raja adsense, juga membeli ebook jana wang adsense, saya juga membeli ebook teknik F2R dan pernah mengikuti kursus dengan Syed Ikhwan pakar adsense tu.. “Betul ke Jebat beli semua ebook tu?” Ya memang betul saya telah membeli ke semua ebook-ebook ini semata-mata ingin berjaya dalam adsense. Andakah anda juga seperti saya? :-)

Mungkin salah satu sebab corak atau kesungguhan pembelajaran IM dan anda berbeza. Saya tidak ingin memeningkan kepala anda dengan pelbagai soalan. Apa yang ingin saya katakan, masih terlalu banyak ruang kepada semua untuk berjaya dalam program mahupun perniagaan internet. Bak kata pepatah ‘Dimana ada kemahuan, Tuhan pasti tunjukkan jalannya’. ;-)

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Blogroll, Memulakan Perniagaan Internet, Program Internet, internet

5 Comments Add your own

  • 1. Nabieel  |  July 30th, 2008 at 12:15 pm

    em..jika pernah dengar iklan kat era kumpulan The Lima..Dia kata untuk berjaya teruskan usaha..jika di lihat kisah-kisah kejayaan KFC,DELL,penulisan novel Harry Potter dll..Dia org mencapai kegagalan dengan begitu banyak sekali sebelum mencapai kejayaan..

  • 2. Wira DuniaMoto  |  July 30th, 2008 at 3:31 pm

    jawapannya adalah ya semua IM yg monopoli
    tapi itu hanya jika para newbie tidak mahu
    berusaha bina empayar perniagaan sendiri cuma
    jadi pemerhati/pembeli saja.

    kalau setakat jadi pembaca blog mereka tapi
    tidak melakukan sebarang tindakan inilah yg
    akan berlaku.

    gagal sekali bukan gagal selamanya.

  • 3. ijamidayu  |  August 1st, 2008 at 5:01 pm

    Huhuhu.. Lama sungguh tak update.

    Bz dengan latest projek ker?

    Apa pun ia mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Jika tiada yang lama tiada yang baru. Yang baru juga akan menjadi lama. :)

    “Setiap kemahuan pasti ada jalan”

  • 4. pakar clickbank  |  August 4th, 2008 at 1:18 pm

    pada pendapat saya adalah motivasi kita dalam pemikiran positif adalah penting dan juga teknik yang kita gunakan adakah berfungsi ataupun buang masa sahaja ..ini menjadi satu soalan yang kita perlukan ,selalu ingat kalau cara ini tidak mendatangkan hasil guna teknik lain..tetap ada satu teknik yang sesuai dengan kita …

  • 5. ira  |  August 30th, 2008 at 1:44 am

    memang akan mati kalau diorang sendiri yang berkata demikian. Kene usaha lagi la kalau betul nak wat duit dari internet nih.

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed



8 Modul Pakej Lengkap
Perniagaan Internet

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook


Jana Wang Dengan
Teknik Baru Adsense!

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Most Recent Posts