Kaedah Mudah Memasang Tag Pada Artikel Post Anda
August 26th, 2008
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Apa khabar anda hari ini? Moga bertambah sihat, ceria dan kini bersedia untuk menghadapi bulan ramadhan minggu hadapan. Dalam perniagaan internet perkara penting untuk setiap blog dan laman web adalah bagaimana untuk menarik ratusan malahan ribuan pelawat ke laman web anda. Salah satu kaedah asas adalah menggunakan kekuatan enjin pencari seperti yahoo, google, msn dan banyak lagi.
Namun seperti yang semua tahu kaedah ini amat sukar kerana persaingan yang anda terima dari pesaing anda, kerana hampir semuanya menggunakan teknik yang serupa untuk mendapatkan tempat terbaik dalam enjin pencari. Oleh itu kaedah lain diperlukan untuk menarik pelawat ke laman web masing-masing.
Salah satu kaedah terbaik adalah menggunakan technorati dengan teknik tag & ping. Kaedah ini membolehkan setiap kali artikel di tulis maka secara automatik anda akan mendapat tempat pertama pada technorati dan seterusnya akan jatuh tempat kedua dan seterusnya jika ada post yang sama keyword dengan artikel anda di tagkan oleh seseorang.
Namun setelah anda membuat post baru dan melakukan tag & ping, secara automatik anda akan mendapat tempat pertama semula dan ini yang menjadikan teknik ini dapat menarik pelawat ke laman web anda.
Namun masalahnya bagaimana membina tag pada setiap artikel? Sepanjang saya menghasilkan blog mesrainternet dot com, ramai yang telah bertanya bagaimana saya menghasilkan tag pada sidebar blog ini.

Abaikan cara sukar tersebut kerana saya bermain dengan kod php untuk meletakkannya. Namun cara yang paling mudah adalah menggunakan plugin yang disediakan untuk membolehkan anda tag setiap artikel anda pada technorati. Istimewanya jika anda gunakan blog wordpress, semua kerja tag & ping akan dilakukan secara automatik.
Dalam artikel ini saya tidak dapat menunjukkan bagaiamana memasang plugin tersebut. Namun jika anda membeli “Ebook Panduan Membina Blog Wordpress” anda boleh rujuk panduan untuk memasang plugin ini.
Saya lupa mana saya dapatkan plugin ini, namun jika berminat anda boleh download pada link di bawah ini. Selepas pasangkan pada blog wordpress, anda hanya perlu menaip kod seperti dibawah setiap kali selesai menulis sesuatu post atau artikel. Nanti secara automatik akan wujud tag untuk keyword artikel tersebut.
Link Download Plugin Tag Artikel .

Contoh tag yang akan terhasil seperti dibawah artikel ini. Selamat mencuma teknik memasang tag pada artikel. Semoga memberi pelawat yang ramai ke laman perniagaan internet anda he..he..
[tag] perniagaan internet, teknik blog, belajar blog [/tag]

Entry Filed under: Belajar Blog, Blogroll, Membina Blog, Tag & Ping





























3 Comments Add your own
1. ira | August 30th, 2008 at 1:39 am
oh. begitu. faham dah. Apapun. Memang info menarik.
2. ijamidayu | September 2nd, 2008 at 10:03 am
Nice info bro jebat.. KAdang2 terlepas pandang ler..
Thanks again..
3. sheffezen | September 7th, 2008 at 4:38 am
erm sy kurang fahm kat sini..
tag techn ni degnan tag yang memang ada dekt sistem wordpress tu mana yg lbh baik?
sebb mmg dlm blog wrprss sendiri dah mmg ada kan sistem ni? mana satu eh? or sebagai tambahan ke?
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed