Perlunya Anda Mempunyai Web Hosting Yang Berbeza Jika Anda Serius Dalam Perniagaan Internet

September 20th, 2008

Hari ini 20/08/08, jika anda klik pada laman web jualan Ebook Cpanel saya, mungkin anda tidak akan dapat view laman web tersebut disebabkan masalah hardware dari Syarikat web hosting yang di sewa, dimana mereka telah memaklumkan kepada saya sebelum ini.

Hari ini juga jika anda melawat beberapa blog popular, jika masalah serupa berlaku, jangan betulkan connection internet anda, kerana semua yang menggunakan server yang sama akan mengalami masalah yang sama. Sampai bila? Mungkin 24 jam atau lebih.

Jika anda serius dalam perniagaan internet, seharusnya anda jangan menggunakan server web hosting yang sama untuk ke semua laman web atau blog anda. Tahu kenapa? Anda bayangkan jika menggunakan server web hosting yang sama, jika masalah seperti ini berlaku alamat perniagaan anda 100% lumpuh.

Namun jika anda menggunakan server yang berbeza, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai 50% perniagaan internet yang masih berjalan seperti biasa. Kalau biasa anda untung sehari RM100, mungkin hari ini kurang sikit la RM50 kot, alhamdulilah juga la anda masih mempunyai pendapatan kan :-) . Daripada tiada langsung..

Setakat ke hari ini saya telah menggunakan 4 web hosting berbeza untuk ke semua web dan blog perniagaan internet saya. Selain itu saya juga memilih server kat US untuk web yang target visitor dari sana dan server kat Malaysia untuk perniagaan internet yang kat Malaysia, salah satu contohnya adalah blog ini yang menggunakan server Malaysia.

Tahu kenapa saya gunakan server Malaysia untuk target visitor kat Malaysia dan server US untuk target visitor kat US? Salah satu sebab adalah supaya kecekapan server tu lagi tinggi jika berdekatan berbanding dengan jauh beribu batu.

Ingat lagi tak gempa bumi di China kalau tak silap saya, yang mengakibatkan gangguan kabel internet dasar laut tu.. Masa tu kat Malaysia tidak dapat view internet dari luar negara seperti yahoo, google, myspace, friendster dan lain-lain lagi. Bayangkan kalau masa tu anda menggunakan server Malaysia untuk jual produk yang target pembeli dari oversea.. lumpuh lagi la perniagaan internet anda kan..

Tapi jika anda menggunakan server US, walaupun masalah ini berlaku kat Malaysia, perniagaan internet anda di luar sana masih berjalan seperti biasa. sekali lagi anda dapat mengelakkan perniagaan internet anda bermasalah.

Itu sahaja tips berkaitan web hosting untuk yang serius ingin menjalankan perniagaan internet. Walaupun masalah server ini jarang berlaku, namun bersiap sedia dari segala kemungkinan memastikan perniagaan internet anda senantiasa berjalan lancar, insyaallah ;-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Belajar Cpanel, Blogroll, Pembinaan Laman Web, Web Hosting, internet

3 Comments Add your own

  • 1. pakar clickbank  |  September 20th, 2008 at 4:55 pm

    ye sesudah membaca artikel ini saya memang rasa apa yang brother berikan info ini sangat berguna kepda saya thanks

  • 2. Rizal KomenEbook  |  September 20th, 2008 at 9:39 pm

    (salam)

    betul tu Jebat. at least ada backup. saya pun pakai dua kompeni yang berbeza. dalam masa terdekat ni, nak tambah yang lain pulak..kaya la penyelia hosting ya :-)

    p/s: biar duit ilang sikit, asal tak menyusahkan. setiap bentuk perniagaan ada risikonya…

  • 3. Jebat  |  September 22nd, 2008 at 10:46 pm

    Sebenarnya pada awal-awal dulu secara tak sengaja terbeli 2 web hosting berbeza. Sekali tu salah satu web hosting bermasalah, oleh kerana masih ada satu web hosting yang ok jadi secara tak langsung terasa juga kebaikkan menggunakan web hosting berbeza :-)

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed



8 Modul Pakej Lengkap
Perniagaan Internet

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook


Jana Wang Dengan
Teknik Baru Adsense!

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Most Recent Posts