Pastikan Projek Siap 100% - Umumkan Pra-Pelancaran
October 28th, 2008
Assalammualaikum & salam sejahtera semua..
Apa khabar anda hari ini? Moga bertambah sihat dan ceria
. Agak lama juga saya tidak update blog ini. Projek nak dilancarkan?
Secara jujur saya tengah try & error satu projek terbaru yang bakal menemui anda.. tapi tarikh pelancaran tak tahu bila kerana masih dalam proses pembuatan yang kini hanya siap lebih kurang 20%.
Jadi rasanya lama lagi la nak lancarkan projek terbaru ini. Insyaallah saya akan umumkan di blog ini setelah tiba masa pelancaran nanti. Saya juga terlibat dengan satu projek bersama (ala-ala JV) seorang usahawan baru dalam bidang perniagaan internet ini. Juga dalam proses pembuatan dan saya menunggu perkembangan terkini projek ini dari rakan JV ini.
Sebagai seorang baru (newbie) dalam perniagaan internet yang berminat untuk membuat apa-apa juga projek atau produk jualan, satu yang saya ingin anda fikirkan.. “Sama ada perlu umumkan awal-awal tarikh pra-pelancaran projek anda atau tunggu siap baru umumkan kepada semua?”
Rata-rata newbie mengumumkan tarikh pra-pelancaran projek mereka kepada umum walaupun projek tersebut masih dalam proses pembinaan
. Melalui pengalaman saya, ada baiknya pra-pelancaran projek tidak diumumkan selagi projek anda tidak siap 100%. Setelah siap 100% anda boleh berlakon seolah-olah anda baru menjalankan projek tersebut dan baru mengumumkan projek akan siap pada bulan hadapan.. Ini contoh saja la
.
Pro dan kontra yang akan anda perolehi di sini ialah anda ada banyak masa untuk menyiapkan projek supaya ianya lebih sempurna dan tiada apa-apa kecacatan masa pra pelancaran dari segi laman web, banner, sistem affiliate, promosi dan sebagainya.
Jika anda belum menyiapkan projek namun telah umumkan tarikh untuk anda lancarkan dan dalam masa yang sama anda terpaksa bersengkang mata dan memerah otak untuk menyiapkan projek serta memastikan ianya sempurna pada tarikh yang anda umumkan, dan kesudahannya tidak perlu la saya ceritakan..
Perkara ini banyak berlaku sama ada secara anda sedar atau tidak. Fikir-fikirkan la..
P/S:Â Happy Deepavali kepada semua penganut hindu
.

Entry Filed under: Blogroll, Memulakan Perniagaan Internet, Mentor, Pelancaran Projek, Tutorial Perniagaan Internet





























1 Comment Add your own
1. ijamidayu | November 13th, 2008 at 10:55 am
Hmm.. Betul la erk.. Memang kelemahan ‘newbie’ mcm tue. Eksitted dpt wat reja ngan org ‘besaq’
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed