Sedikit Coretan Kerja Harian Kini
September 10th, 2008
Salam & selamat berpuasa semua,
Sedikit coretan kerja harian saya kini.. Maaf la coretan ini puyoo sikit..
Baru sebentar tadi saya menghabiskan lebih kurang RM150 dalam masa sejam. Bukan untuk membeli keperluan raya atau baju raya
, namun untuk membeli beberapa database untuk laman web yang berbentuk video streaming.
Ini adalah aktiviti terbaru saya, buat masa ini hanya satu laman web video anime iaitu naruto yang saya buat sepenuhnya bukan untuk sesiapa namun untuk kegunaan saya sendiri ha..ha.. Berdasarkan minat terhadap cerita ini, saya menyimpannya untuk koleksi dalam bentuk laman web. Ok tak? Ada juga kawan yang menyimpan koleksi ini dalam bentuk DVD.. Mahal tu..
Kelebihan laman web video streaming ini ialah pelawat yang berulang-ulang serta view sehingga beribu sehari jika anda pandai dan tahu cara promosi. Ini berita baik kerana dari hanya suka-suka sebenarnya anda mempu membuat duit darinya. Namun fokuskan kepada kerja anda nanti duit akan terhasil dengan sendiri
.
Namun kerja meletakkan kod satu persatu yang saya benci dan memerlukan banyak masa untuk melakukannya, Sampai berair-air mata ni duduk depan komputer. Lebih-lebih lagi cerita naruto ini telah sampai ke episode 300 dan oleh itu saya kena research, copy & paste sebanyak 300 kali.. ooohhhh!! letihnya. Namun setelah siap kelak kerja lebih mudah kerana hanya letak beberapa kod mengikut keluaran cerita setiap bulan. Kini saya baru siapkan sehingga episode 180 he..he..
Saya sebenarnya kagum dengan anda yang mempu membuat beratus-ratus cerita serta episode dalam masa hanya 1 hari. Saya memang tak mampu buat semua tu, sebab itu saya mengambil jalan mudah dengan membeli database yang dah siap sebentar tadi. Cuma kelemahan database ini ialah cerita akan banyak saingan dengan ramai orang yang membeli sama dengan anda.
Untuk pengetahuan anda sebenarnya saya dalam tempoh pembelajaran dan mengkaji beberapa pendapatan yang boleh dijana di internet dengan menggunakan blog, video streaming, adsense, zangocash dan lain-lain.
Nak buat semua sekali memang tak mampu, jadi buat masa ini saya mulakan dengan benda yang saya minat terlebih dahulu. Tak pe saya akan cuba merangka perlahan-lahan kerana market tumpuan saya tetap perniagaan internet sebenar. Ini hanya kerja sampingan.
Ada yang tanya saya bila nak buat produk baru? Dah ada dalam kepala ni, namun masa sesuai belum ada lagi. Insyaallah mungkin lepas raya nanti jika ada masa terluang. Jumpa lagi nanti yer..

Entry Filed under: Sekadar Renungan, Sembang Kosong





























2 Comments Add your own
1. Rizal KomenEbook | September 10th, 2008 at 6:16 pm
(salam)..Jebat
Peminat Naruto jugakye…saya pun tengok juga. selain tu, saya minat cerita Bleach dan Initial D…ni adik saya punya pasalla ni..tetbie jadi peminat anime..penah tengok Bleach sehari suntuk, hanya berenti time solat dan makan je…kronik betul…hehehe
bro, ini satu peluang yang baik. mungkin dari situ akan keluar satu panduan baru untuk jana pendapatan
2. ijamidayu | September 11th, 2008 at 8:02 am
Apa pun mula dahulu dengan minat.. Then baru dtg duit..
Aku minat cerita gaban..
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed