Maaf Saya Belum Bersedia!
April 1st, 2008
Sejak akhir-akhir ini ramai newbie yang menawarkan kerja serta bayaran yang lumayan kepada saya. Dari pada membina laman web dan minisite, membuat blog, sistem affiliate, menulis salesletter dan macam-macam lagi tawaran. Tak kurang juga yang meminta saya reviewkan poduk mereka. Terima kasih atas kepercayaan yang anda berikan.
Namun saya meminta maaf kerana tidak dapat membantu anda kerana saya belum bersedia buat masa ini. Untuk pengetahuan anda, setakat ini semua kerja projek, saya tidak membuat sendirian, tetapi saya upah orang untuk memudahkan kerja saya. Dari pembinaan minisite, cover ebook, sistem affiliate, draf mail list dan macam-macam lagi semuanya saya upah orang buat.
Sebab itu saya tidak dapat membantu anda, sebab saya sendiri terlalu sibuk untuk menyiapkan kerja-kerja ebiz saya. Saya bukan melakukan perniagaan internet ini sepenuh masa, tetapi saya ada kerja offline di luar sana yang juga memerlukan komitmen yang sama.
Oleh itu jika anda memerlukan bantuan untuk menyiapkan projek, saya sarankan untuk anda mengupah mereka yang memang membuat servis tersebut. Ini bagi menjamin kerja anda sempurna dan siap mengikut jadual. Namun pastikan duit upah tersebut adalah minimum dan berbaloi dengan jualan produk anda. Jangan pula anda menjual ebook harga RM30, tetapi mengupah membuat laman web harga RM1000. Ini nak cari maut namanya.. gerenti tak untung punya!!
.
Buat masa ini saya hanya boleh menolong melakukan review terhadap produk anda sahaja. Ini sahaja yang mampu saya tolong buat masa ini. Serahkan produk atau draf produk anda, saya akan tolong reviewkan dan akan memberi nasihat secara percuma. Kalau produk anda baik, mungkin boleh Joint Venture sekali he..he..
Sebelum terlupa, sikit masa lagi saya akan membuka ruangan iklan pada blog ini. Ini bagi membantu mereka yang ingin mengiklankan produk mereka di pasaran Malaysia. Saya pastikan harganya nanti berbaloi dan ianya adalah terhad. Sebagai pengetahuan pengujung ke blog ini adalah seramai 150 - 200 orang sehari, dan satu lagi blog ini mempunyai nilai PR3 google. Ianya amat baik untuk laman web jualan anda mendapatkan ranking di enjin pencari jika saya letakkan link anda pada blog ini
.
Jumpa lagi 2 hari dari hari ini, Wasalam.

Entry Filed under: Uncategorized, Perniagaan Internet































4 Comments Add your own
1. ijamidayu | April 3rd, 2008 at 4:30 pm
okies la 2 ada org offer job.. tapi saya tau awak bz keje skrg kat melaka tue.. apa pun ini satu peluang utk awak buat full time jebat..
kalau kena cara mau jadinyer..
apa pun good luck dato!
2. Jebat Mesranet | April 3rd, 2008 at 6:35 pm
Memang ada niat nak buat full time. Tapi belum sedia lagi buat masa ni. Insyaallah akan tiba masa tu suatu hari nanti
. Ijam ada buat servis? Kalau ada boleh bagitahu.. saya akan send traffic kat ijam
.
p/s: Tak jalan-jalan Melaka ke? Bz keje ea..
3. ijamidayu | April 4th, 2008 at 2:44 pm
:) Bkn per.. Servis 2 bkn pakar lagi.. Biar betul2 baru buat..
Apa pun blk Melaka saya tipon kita jumpa k?
4. Jebat Mesranet | April 6th, 2008 at 6:08 pm
Cal je.. tapi kena cari masa sesuai la kalau nak g melaka tu ye.. Faham-faham je la kerja kat situ kan
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed