Siasat Guna Internet - Enjin Carian Penuh Informasi

November 19th, 2008

Perkembangan perniagaan internet sejak setahun yang lalu amat memberangsangkan di Malaysia. Banyak yang menunjukkan minat ke arah perniagaan internet ini dan salah satu tujuan adalah kerana pendapatan yang lumayan yang boleh anda hasilkan, insyaallah..

Namun melalui internet juga ramai yang terjerumus ke arah skim-skim cepat kaya, kerana dikaburi dengan seribu macam janji kekayaan yang boleh menukarkan status anda menjadi jutawan. Akhirnya anda sendiri yang merana..

Soalnya kenapa anda tidak menyiasat terlebih dahulu? Dan kenapa tidak menggunakan enjin carian seperti yahoo dan google dot com? Ya! dalam kes ini enjin carian adalah modul yang dapat menyelamatkan anda kerana ia penuh dengan informasi. Baik saya cerita satu cerita benar yang berlaku pada saya 3 bulan lepas.. :-) Saya pun tak terlepas dengan skim sebegini.. namun pengalaman mengatasi segalanya.. chewahh!! ha..ha..

Hari tu ada kawan (ni kawan makan kawan ni!) yang menawarkan satu skim yang dinamakan “Projek Skim Usahawan Mikro 2008″. Pastu siap ada surat khabar yang ada menulis tentang skim tu yang dianjurkan oleh kerajaan. Namun beza sikit la tajuk surat khabar tu “projek mikro 2008 bla..bla.. “Wah siap masuk surat khabar ni, boleh caya ni!”.

Melalui projek tersebut kononnya saya akan memperolehi :

  • Memperolehi Pinjaman RM90,000 walau nama dah blacklist.
  • Pakej umrah untuk 2 orang.
  • Sebuah laptop berjenama.
  • Rawatan perubatan RM2,500.
  • Pulangan sehingga RM2 juta.. Best..best..

Dibawah ini contoh borang jika saya berminat.. Harap maaf kualiti scanner kurang memuaskan .

Jika tiada pengalaman mungkin anda terjebak dengan skim-skim sebegini. Namun saya menggunakkan enjin carian untuk mencari maklumat mengenai skim ini. Saya buka yahoo dan taipkan “Projek skim usahawan mikro 2008″.

Hasil carian saya menjumpai semua maklumat ini. Wah!! projek ini sudah lama beroperasi di internet. Banyak informasi mengenai projek ini. Macam mana saya boleh tak tahu ni.. :-) .

Saya klik dan baca semua informasi ini. Melaluinya juga saya menjumpai beberapa bukti skim ini amat-amat tidak boleh dipercayai, namun saya tidak terkejut pun he..he.. Sekurang-kurangnya saya ada hujah untuk memberitahu pada kawan-kawan yang terbabit skim ni tipu belaka.

2 bukti ni telah cukup menyelamatkan anda dari skim-skim sebegini. Gunakan enjin carian untuk menyiasat jika anda tidak pasti akan kewujudan sesuatu skim. Sememangnya enjin carian penuh dengan informasi. Anda juga boleh membaca beberapa lagi tips yang di berikan oleh Dr.Irfan Khairi.. KLIK DISINI!!!!

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Filed under: Projek Skim Usahawan Mikro 2008, Skim Cepat Kaya

2 Comments Add your own

  • 1. pakteh2008  |  November 21st, 2008 at 11:57 am

    Orang yg berilmu tidak mudah ditipu… tapi kadang-kadang tu, kalau dapat juta-juta, boleh kabur biji mata jugak :)

  • 2. Jebat  |  November 21st, 2008 at 3:29 pm

    Betul tu.. lagi satu cara menipu skim-skim cepat kaya kini datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin di sebabkan peningkatan teknologi maka cara penipu kini di sesuaikan dengan cara tersebut. Apa pun ketahui cara mengesan skim-skim scam ni dan anda mungkin terselamat dan tidak terpedaya. Jadi hati-hati ye :-)

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed



8 Modul Pakej Lengkap
Perniagaan Internet

PRODUK DI SYORKAN

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Web Hosting Pilihan!!

CUBA PRODUK INI!


Buat Duit Dengan
Belajar Teknik Forex


Panduan Buat Duit
Dengan Teknik Rahsia10k


Panduan Membuat Duit
Dengan Menulis Ebook


Jana Wang Dengan
Teknik Baru Adsense!

LANGGANAN

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

PEMBACA SETIA

Calendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Most Recent Posts